Jakel Shah Alam habis ranap terbakar

Gedung tekstil terkemuka, Jakel cawangan Shah Alam hampir musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Difahamkan kebakaran itu memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 7.08 pagi.

Susulan itu katanya, sepasukan pegawai dan anggota serta aset daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam; BBP Kota Anggerik; BBP Subang; BBP Kota Raja; BBP Damansara; BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong digegaskan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80 peratus.

“Api berjaya dikawal dalam tempoh satu jam dan bahagian dalam kedai didapati musnah dalam kebakaran ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba kini dalam tindakan pemadaman bara api di bawah timbunan kain.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan terbabit setakat ini dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.

Lelaki ajar cara paling mujarab minta hutang dekat kawan, petang terus masuk akaun

Isteri terkejut jumpa suami sendiri dalam aplikasi cari jodoh, ‘dah 3 tahun tak beri nafkah’

Dah 3 bulan tinggalkan rumah, nak pengsan jumpa rambut uban panjang, habuk satu pun tak ada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *