Jenayah curi kasut di Putrajaya semakin parah, siapa orang ni?

Jenayah curi kasut di Putrajaya semakin parah, siapa orang ni? Tular sebuah video menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah rumah dipercayai di Putrajaya memperlihatkan seorang lelaki bertindak untuk mencuri sepasang kasut..

Seorang pengguna Facebook, Zamarul Azlan Salju Hitam, berkongsi video berserta mesej peringatan kepada penduduk di sekitar Putrajaya supaya berhati-hati dengan perbuatan lelaki tersebut.

Berdasarkan video berdurasi 45 saat di Facebook, kelihatan lelaki berbaju biru muda itu pada mulanya hanya melintasi satu unit rumah sebelum berhenti untuk melihat keadaan luar kediaman tersebut.

Menerusi video berkenaan, lelaki itu berhenti dan meletakkan bungkusan plastik berwarna hitam di hadapan rumah mangsa sebelum bergerak perlahan menuju ke pagar unit kediaman tersebut untuk mencuri sepasang kasut.

 

Lelaki itu berhenti dihadapan rumah mangsa sebelum bergerak perlahan menuju ke pagar unit rumah tersebut untuk mencuri sepasang kasut.

Susulan penularan klip video itu, di ruangan komen orang ramai mengecam tindakan lelaki tersebut yang dilihat sihat anggota badan tetapi masih melakukan perbuatan salah.

“Senang punya kerja cari makan, pergi curi kasut orang sahaja, aduhai balik berkaki ayam tuan rumah macam ini, elok pergi buat laporan polis sahaja, orang macam ini kalau dibiarkan makin menjadi-jadi,” kata Johari Ibrahim.

“Muka dah nampak jelas, pergi buat laporan polis senang kerja. Ini dah tua-tua pun masih nak buat kerja macam ini, pergilah kerja jadi pengawal keselamatan boleh juga cari rezeki yang halal,” jelas AzmanHasan.

“Tak lama lagi ini mesti kena tangkap, kalau tuan rumah buat laporan polis. Badan sihat tapi malas nak cari kerja, asyik nak buat haram sahaja tahu,” ujarMogan Mogan Peter.

“Sayalah mangsa kejadian macam ini, kasut saya letak dekat luar pintu masih dalam tempat yang ada grill pun boleh hilang, memang betul panjang tangan orang-orang yang macam ini,” tulis Dinscotland Alwi.

Ketika ini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis berkaitan kes kecurian kasut yang dipercayai berlaku di Putrajaya itu.

BACA :

Video anak cium gadis lain, Ridhuan Tee akhirnya buka mulut

Tak cukup RM60, jenazah anak yatim piatu tidak dimandikan oleh pihak pengurusan jenazah

Orang ramai persoal Jovian sertai lawatan PM ke Jepun

Leave a Reply

Your email address will not be published.