Jenazah suami bertukar rupa, isteri dedah waktu hidup selalu hina azan, sekali ustaz datang..

Jenazah suami bertukar rupa, isteri dedah waktu hidup selalu hina azan, sekali ustaz datang.. Ada suatu kisah yang ingin saya ceritakan kepada pembaca tentang jenazah yang pernah saya uruskan satu ketika dahulu. Mungkin ada yang tidak percayakan atau was-was dengan cerita ini, namun kisah ini merupakan kejadian yang benar-benar berlaku yang cukup menginsafkan saya.

Pada tanggal 16 Januari 1995, seorang wanita menghubungi saya. Saya kenal wanita tersebut termasuk suami dan anak-anaknya kerana kami pernah tinggal di kejiranan yang sama sebelum mereka berpindah ke daerah lain.

“Suami saya sudah meninggal dunia. Saya nak minta tolong ustaz datang rumah malam ni untuk uruskan jenazah,” kata wanita itu di hujung talian. Nadanya sedih dan cemas.\

Menurut wanita tersebut suaminya meninggal dunia ketika pulang dari bermain golf waktu Maghrib tadi, namun sebaik pulang dan berehat di ruang tamu tiba-tiba dia sesak nafas. Lantas mereka menghubungi ambulans, namun belum pun sempat dibawa ke hospital suaminya terlebih dahulu menghembuskan nafas terakhir.

Mendengar permintaan wanita tersebut saya terdiam sejenak. Saya terfikir yang suaminya baru saja meninggal dunia, jadi kenapa pula dia hendak uruskan tergesa-gesa? Kenapa tidak tunggu esok?

“Uruskan esok tak boleh ke? Dah lewat malam ini,” kata saya memberi cadangan.

Lagipun kata saya sebelum urus dan kafankan, bolehlah saudara mara atau sahabat handai arwah datang berziarah, lagipun arwah bukan orang sembarangan. Dia terkenal dan punya ramai kenalan.

Tapi cadangan saya ditolak mentah-mentah oleh isterinya. Dia berkeras untuk menguruskan jenazah suaminya malam itu juga.

“Tak boleh ustaz. Kena urus malam ini juga. Urus esok susah jadinya. Nanti jiran-jiran tengok susah pula. Jenazah ini… ,” kata isteri arwah dengan nada cemas.
“Macam inilah ustaz, datang tengok sendirilah,” sambungnya lagi.

Mendengarnya kata-katanya saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Akhirnya saya akur. Waris sudah amanahkan, saya tidak boleh menolak.

Tapi kenapa isterinya mahu urus tergesa-gesa? Apa masalah sebenarnya? Getus saya dalam hati.

“Datang malam ini ya,” ujarnya lagi sebelum menamatkan perbualan.

Selepas mendapatkan alamat tempat tinggal barunya, saya hubungi rakan baik, Safar untuk menyediakan kelengkapan mandian dan kafan. Cukup semuanya, kami terus bergerak.

Kami berdua sampai di rumah arwah lebih kurang pukul 1 pagi. Saya lihat memang tiada sesiapa di rumahnya kecuali beberapa ahli keluarga terdekat arwah.

Sebaik masuk ke dalam rumah, saya lihat jenazah sudah dibaringkan atas tilam di ruang tamu, bertutup dengan kain batik.

Saya minta izin untuk melihat jenazah. Perlahan-lahan, kain yang menutup jenazah saya selak. Sebaik terlihat muka dan tubuh arwah terus saya terkejut. Darah saya tersirap dan jantung berdegup kencang.

Saya lihat muka arwah hitam seperti disapu minyak tar. Tubuhnya juga seakan membengkak tumbuh bisul.

Disebabkan keadaannya begitu tubuh arwah jadi pendek dan mengembang. Berbeza dengan fizikal arwah yang saya kenal ketika hayatnya.

Yang sungguh pelik dan bermain di fikiran saya adalah muka arwah. Kenapa boleh jadi hitam sebegitu sedangkan anggota tubuh yang lain elok sahaja. Selain itu, mulut dan bibirnya juga membengkak seakan seperti orang yang sudah berhari-hari meninggal dunia.

Saya beristighfar dalam hati berkali-kali. Saya perasan Safar beberapa kali memandang saya seakan ingin bertanya sesuatu, tetapi saya buat tidak endah risau pula kalau ada ahli keluarganya berkecil hati.

Walaupun pelik dan terkejut melihat keadaan jenazah, saya dan Safar terus melakukan urusan untuk kebumikan arwah. Sehinggalah selesai urusan mandi, kafan dan sembahyang.

Akhirnya urusan pengebumian arwah berjaya disempurnakan dengan pertolongan ahli kariah di situ. Selesai semuanya barulah saya berjumpa dengan isteri arwah yang masih sugul.

“Suami puan sakit apa?’ tanya saya. Niat sekadar ingin tahu saja. Sambil mengalirkan air mata, isteri arwah bercerita kepada saya. Katanya, arwah memang tidak pernah sakit, namun tiba-tiba dia sesak nafas dan terus meninggal dunia.

“Kalau ikutkan dia memang sihat. Aktif bersukan dan selalu buat medical check-up,” kata isterinya sambil menahan sedih.

“Kami yang ada di rumah pun terkejut. Tapi…. entahlah, dah memang ajal dia,” sambung isterinya lagi.

Mendengar jawapan itu sekali lagi saya berasa pelik. Sakit begitu sahaja terus meninggal dunia?

“Kenapa pula jenazah arwah boleh jadi macam itu?’ tanya saya lagi inginkan kepastian.

Si isteri tunduk. Agak lama berdiam diri barulah dia bercerita lagi. Katanya, dia hairan dengan perubahan jenazah suaminya itu.

Semasa mula-mula meninggal, keadaan jenazah biasa sahaja. Tapi tak sampai satu jam kemudian wajah arwah semakin lama bertukar menjadi hitam legam. Kemudian tumbuh pula bengkak-bengkak seakan bisul.

“Entahlah. Mungkin ini balasan Allah pada arwah agaknya,” ujar isterinya.

Saya yang mendengar terus tersentak. Persoalan mula bermain di fikiran. Balasan? Apa pula suaminya buat semasa hidup? Saya terus bertanya.

Kata isterinya, apa yang berlaku mungkin berkaitan sikap suaminya semasa hidup. Arwah sebenarnya suka bergaduh dengan penduduk di taman tempat mereta tinggal.

“Baru-baru ini dia bergaduh dengan bilal dan tok imam pula sebab laungan azan terlalu kuat hingga mengganggu tidurnya,” sambung isterinya perlahan.

Saya terdiam. Tidak tahu bagaimana ingin saya katakan kepada isterinya. Tak sangka sampai begitu sekali perangai arwah, fikir saya dalam hati.

Disebabkan itu suaminya telah menulis surat aduan kepada Majlis Perbandaran di kawasan itu supaya mengambil tindakan kepada ahli jawatankuasa masjid yang kononnya tidak menghormati privasi penduduk di taman itu.

“Suami kata, kalau nak azan atau buat kuliah pun tidak perlu pakai pembesar suara. Cukup hanya yang berada di dalam masjid sahaja mendengarnya. Sebagai isteri saya dah puas nasihatkan, tetapi dia tetap keras kepala,” kata isterinya sayu.

“Subuh tadi pun sebelum dia nak keluar main golf sempat juga dia mengutuk bilal yang laungkan azan tu. Katanya, kalau nak sembahyang itu buatlah sendiri tak perlu ganggu orang lain kerana kubur masing-masing,” sambung isteri arwah.

Saya yang mendengar terkedu. Tak sangka arwah sanggup bertindak begitu hanya kerana benci dengar laungan azan, sudahlah begitu sanggup pula dia mencaci dan menghina orang yang mengajak ke arah kebaikan.

“Mungkin sebab itu jenazah arwah jadi begitu. Sebab itu juga kami nak urus jenazah cepat-cepat. Takut orang tahu. Nanti malu,” kata isterinya lagi.

Saya yang mendengar hanya beristighfar dan mengucap perlahan. Fikir saya mungkin itu balasan daripada Allah SWT kepada umatnya yang ingkar dan mempersendakan ajarannya.

Firman Allah, surah Ghafir, ayat 46:“Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya”.

BACA: 

Lelaki ‘bocor’ rahsia, rupanya sewa Vellfire lagi berbaloi dari beli, siap tunjuk bukti

Terima surat dari makmum wanita, imam tarawih terkejut baca isi surat, mohon nak jadi isteri pulak..

“Orang masjid tak tegur ke dia salah cara ambil wuduk?” Video Najib ambil air sembahyang tersebar pula

Leave a Reply

Your email address will not be published.