Jutawan saham menyesal beli kereta sport, “nak naik bukit pun tak boleh!”

Jutawan saham menyesal beli kereta sport, "nak naik bukit pun tak boleh!"

Jutawan saham menyesal beli kereta sport, “nak naik bukit pun tak boleh!”. Ramai orang mempunyai kereta impian tersendiri, lebih-lebih lagi ianya berjenama mewah dan berprestasi tinggi. Sekaligus ia boleh meningkatkan imej kehebatan seseorang individu di hadapan mata orang ramai.

Namun bagi pelabur, usahawan burger dan pemilik kelab bola sepak The Red Warriors (TRW), ZamSaham yang memiliki sebuah kereta mewah buatan Jerman, Porsche Panamera, beliau berpendapat masih ada kelemahan semasa menggunakan kereta sportcar tersebut.

“Antara kelemahan kereta ini adalah tidak boleh naik bukit dan tiada 4×4. Harap maaf. Hanya boleh melaram tepi bukit sahaja,” petik hantaran Facebook ZAMSAHAM.

Hantaran Facebook itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, ramai yang mencadangkan beliau mendapatkan beberapa jenis kenderaan yang bersesuaian untuk dibawa ke kawasan dusunnya pada masa akan datang, seperti Land Rover Defender, Ford Ranger Raptor dan Range Rover SVR.

Pada masa sama, ada yang meninggalkan komen jenaka yang menyatakan kereta sportcar seperti ini hanya sesuai untuk naik kawasan-kawasan ‘bukit’ seperti Bukit Bintang, Bukit Kiara, Bukit Damansara dan Bukit Antarabangsa.

“Saham kena kaw-kaw naik. Ada rezeki nanti. Now Nissan Navara ok la,” jawab beliau apabila diberikan pendapat untuk mendapatkan kenderaan yang boleh digunakan pada kawasan off-road.

ZamSaham berkongsi hantaran Facebook itu selepas beliau singgah ke kawasan rumah dusun miliknya bersama ahli keluarga baru-baru ini.

Cara step by step beli tanah di Malaysia, tak sangka mudah macam ni

Villa TMA makin dikenali warga Terengganu, siap tawar diskaun 50% untuk Februari hingga April

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *