Kahwin 87 kali, lelaki ini digelar Raja Playboy

Kahwin 87 kali, lelaki ini digelar Raja Playboy

Kahwin 87 kali, lelaki ini digelar Raja Playboy.Seorang lelaki di Indonesia baru-baru ini menggemparkan dunia selepas mengakui dirinya bakal berkahwin kali ke-88. Lelaki ini digelar Raja Playboy gara-gara pernah berkahwin sebayak 87 kali. Biar benar?

Memetik laporan Detik, lelaki dikenali sebagai Kaan ini bernikah buat kali pertama di usia 14 tahun. Pada waktu itu dia menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis berusia 16 tahun.

Namun begitu dia mengakui jodohnya tidak panjang dan akhirnya mereka bercerai. Malah menurutnya sebelum ini ada yang usia pernikahannya hanya bertahan beberapa minggu sahaja. Bagaimanapun ada juga tempoh perkahwinannya yang bertahan sehingga puluhan tahun.

Difahamkan lelaki berusia 61 itu menegaskan menolak zina dan disebabkan itu dia pilih untuk nikah dengan calon yang diminatinya. Tambahnya lagi dia hanya menggunakan ayat manis sahaja untuk memikat pasanganya.

Sepanjang pernikahannya, Kaan yang digelar Raja Playboy itu kini memiliki 7 orang anak perempuan dari 6 orang ibu berlainan. Malah dia turut akui akam rujuk semula dengan bekas isterinya yang ke 86.

Walau bagaimanapun menerusi laporan terbaharu, dakwaan yang dibuat lelaki ini yang pernah berkahwin sebanyak 87 kali tidak dapat disahkan oleh pejabat agama tempatan. Ini kerana tiada rekod pernikahan oleh lelaki tersebut.

Menurut Ketua pejabat agama tempatan, tidak pernah ada penduduk di sana yang bernikah berpuluh kali seperti kisah Kaan yang tersebar itu.

Anwar dedah punca sebenar tak bagi Sivarasa tanding Sg Buloh, ramai terkejut

Jackpot RM143 Juta, lelaki nekad rahsiakan kemenangan, risau isteri jadi malas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *