Kaki budak umur tiga tahun tersepit dalam eskalator di IOI City Mall, tak kuat jangan tengok..

Kaki budak umur tiga tahun tersepit dalam eskalator di IOI City Mall, tak kuat jangan tengok..

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan selepas kakinya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya semalam (10 April).

Mangsa berusia tiga tahun itu dipercayai bersama dengan ibu bapanya ketika sedang turun dari tingkat dua sebelum kaki kanannya secara tiba-tiba masuk dan tersepit di bahagian tepi eskalator tersebut.

Saksi terdengar jeritan kuat

Menerusi laporan, seorang saksi dikenali sebagai Nurul menceritakan bahawa dia terdengar satu jeritan sangat kuat sebelum melihat insiden yang menimpa kanak-kanak berkenaan.

Ketika itu, keadaan sangat panik. Nasib baik ada yang segera tekan butang kecemasan untuk menghentikan eskalator tersebut. Hampir satu jam kanak-kanak tersebut menangis sebelum pihak bomba datang menyelamatkan kakinya.

Saksi kejadian, Nurul.

Pihak pengurusan pusat beli-belah juga telah menutup operasi eskalator itu buat sementara waktu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Diharapkan kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Ibu bapa pun berperanan untuk memantau anak masing-masing bagi mengelakkan ‘mimpi ngeri’ berlaku.

 

BACA: 

Gaji sebenar Imam Besar Masjidil Haram Makkah ini pasti buat orang terkejut

Pengeluaran 10K KWSP: Kecoh rakyat kena ganti RM12,000, ini penjelasan KWSP

Kecoh peniaga bazar jual peha ayam ‘harga yahudi, tokei gerai tampil bentang kos sebenar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.