“Kali pertama doktor masukkan balik”, wanita bakal lahirkan anak yang sama kali kedua

Menyambut cahaya mata sudah tentu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh semua ibu, namun untuk seorang bakal ibu muda ini, kehadiran anak lelakinya nanti sudah tentu akan menjadi pengalaman yang cukup berbeza berbanding dengan ibu-ibu yang lain.

Seorang vlogger gaya hidup Jaiden Ashlea menerusi akaunnya di laman TikTok berkongsikan kisahnya yang bakal melahirkan anak lelakinya buat kali kedua.

Menurutnya, anak lelakinya itu pernah dilahirkan pada umur 19 minggu dengan kondisi ‘spina bifida’ menyebabkan tulang belakang kandungannya tidak terbentuk dengan sempurna.

Pada awalnya, doktor memaklumkan kepada dia dan suami bahawa tiada harapan untuk bayi tersebut.

Namun, mereka cuba mendapatkan nasihat doktor-doktor yang lain dan berjaya menemukan kumpulan perubatan di Orlando yang mempunyai kepakaran dalam pembedahan ke atas bayi-bayi yang belum cukup matang untuk dilahirkan (open foetel surgery).

Kumpulan doktor pakar ini berjaya mengeluarkan bayi Jaiden dan melakukan pembedahan untuk membetulkan semula tiub saraf yang rosak pada tulang belakang bayi tersebut. Kemudian, mereka meletakkan semula bayi itu ke dalam rahim Jaiden untuk baki tempoh kandungan 11 minggu lagi.

Pembedahan tersebut berjaya dan Jaiden yang berasal dari Florida kini sedang semakin pulih dan mendapatkan rawatan di hospital. Menurut Jaiden, pembedahan tersebut dilakukan dengan melakukan kaedah C-section.

Secara asasnya, mereka membuka kandungan saya menerusi C-section, perbaiki kerosakan tulang belakang bayi, kemudian menutup semula perut saya, dan saya kekal mengandung seperti biasa.

Walaupun risikonya sangat besar, mereka mengawasi saya dengan sangat rapi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.