Kamu tak layak nasihat PAS, kata Takiyuddin kepada Khairuddin. PAS dijangka bertanding di 60 kerusi Parlimen dengan menyasarkan menang 40 daripada kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata senarai calon sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan di peringkat negeri pada Rabu ini.
Menurutnya, PAS turut menampilkan 10 peratus calon wanita dan beberapa penyandang kerusi Parlimen turut direhatkan bagi memberi laluan kepada muka baharu.
PAS mempunyai 17 wakil dalam kerajaan termasuk menteri dan ‘backbencher’ yang semuanya memberi perkhidmatan terbaik .
“Dalam PAS apa sahaja keputusan dibuat pimpinan parti akan diterima baik oleh individu yang tidak tercalon atau direhatkan termasuk ada juga yang dipilih untuk dicalonkan menolak kerana bagi mereka jawatan itu satu amanah dan tanggungjawab besar dan bukan kemegahan, “katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Tenaga Hijau Korporat Sokongan Agenda Pembangunan Ekonomi Hijau Negara di Suruhanjaya Tenaga, hari ini.
Dalam pada itu Takiyuddin turut membidas kenyataan dibuat penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyarankan ahli dan penyokong PAS mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU15 bagi mengelak kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang akan membawa mudarat lebih besar kepada negara.
Katanya, Khairuddin tidak layak menasihatkan ahli PAS kerana dia bukan lagi ahli dan kini sebagai orang asing.
Takiquddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan penyandang kerusi Parlimen Kota Bharu turut membayangkan beliau akan bertanding semula dan mempertahankan kerusi di kawasan itu
Changkat Jong: Calon Amanah dah letak jawatan pensyarah di Universiti, Anwar pula umum milik DAP
Kisah pemuda buat duit dengan kutip daun kering jadi tular, ini rahsianya