“Kau akan hidup di alam lain lepas ni dik” – Budak selamba baring atas tudung bergosok elok. Bagi wanita berhijab, tudung adalah aset paling penting bagi mereka
Jika tidak jadi bentuk tudung tersebut pada muka, kadangkala boleh hilang ‘mood’ nak keluar itu, betul tak?
Sebab itulah selepas saja menggosok tudung, mereka akan meletakkan di tempat yang lapang supaya tidak diusik oleh orang lain.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila gelagat seorang budak dengan selamba baring atas tudung ibunya yang sudah gosok telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
@nana_izwan apa2 ddy gerak dulu bang seram sejuk lah ddy😓🤪…..
Anak pula selamba baring atas tudung
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki semasa itu sedang berada di dalam bilik rumah bersama dengan anaknya.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila anak lelakinya itu dengan selamba berbaring di atas tudung si isteri yang sudah siap digosok.
Situasi itu membuatkan lelaki berkenaan kecut perut kerana ia mungkin akan menjadi ‘pergaduhan’ nanti.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengusik dua beranak tersebut dengan pelbagai reaksi.
‘Saya tukar daun kering jadikan duit’, kisah pemuda ini gemparkan satu Malaysia