Kecoh budak buat pesanan McDonald’s sehingga RM17,000 di screen order

Kecoh budak buat pesanan McDonald’s sehingga RM17,000 di screen order. Budak buat pesanan McDonald’s sehingga RM17,000 di screen order. Satu hantaran video baru-baru ini tular yang memperlihatkan dua anak kecil sedang seronok bermain mesin pesanan layan diri di salah satu cawangan McDonald’s.

Mereka dilihat gembira menekan mesin itu sesuka hati sehingga jumlah makanan yang dipesan mencecah harga RM17,000. Kedua-dua kanak-kanak itu dilihat seperti ‘bertarung’ untuk membuat melihat siapa yang lebih tinggi mengumpul ‘points’.

Ketika rata-rata merasakan ia sesuatu perkara menyeronokkan, ramai juga tidak setuju dengan aksi kanak-kanak itu. Mereka berkata skrin untuk memesan makanan bukan tempat permainan dan ibu bapa sepatutnya tahu tentang perkara itu.

@rmdhn_._

kaya betul kau dik 😭💀🗿

♬ original sound – Azmawie Yasin

Bukan sahaja tindakan itu menyusahkan orang lain yang mahu membuat pesanan, malah ada kemungkinan mesin kiosk pesanan itu boleh rosak kerana ditekan tanpa henti. Siapa yang perlu keluarkan kos baiki bila mesin kiosk itu rosak? Pastinya pihak pengurusan McDonald’s dan bukan ibu bapa.

Semuanya nampak seronok sehinggalah jadi sesuatu yang tidak diingini. Jadi, moga ibu bapa di mana pun mereka berada, pantaulah anak-anak supaya tidak buat sesuatu yang akan menyusahkan urusan orang lain.

Terkejut pejabat Zakat tahu makcik ni ada aset RM1.7 Juta tapi tinggal rumah usang

Covid-19 makin menggila di sana, 1 juta warga China bakal masuk Malaysia

Tragis kerana anak Sindrome Down, ibu sanggup buang bayi berusia 13 hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *