Kecoh isteri ‘baru’ dihalang tengok jenazah suami buat kali terakhir

Kecoh isteri ‘baru’ dihalang tengok jenazah suami buat kali terakhir. Perkongsian video seorang wanita cekal dikenali sebagai Lena_lynn di laman TikTok, menceritakan nasibnya yang dipercayai tidak dapat melihat jenazah suami tersayang buat kali terakhir mengundang sebak orang ramai.

Difahamkan, wanita ini merupakan isteri kedua dan Allahyarham suaminya, Tajudin bin Mahmood meninggal dunia pada 22 Mac yang lalu.

 

 

“Isteri Dilarang masuk ke dalam”

Menerusi video dikongsi, wanita ini meluahkan rasa kesal berikutan tidak dapat melihat jenazah suaminya walaupun sudah berbincang secara baik namun tetap dihalang. Dakwa pemilik video ini, dia yang banyak menjaga Allahyarham suaminya tetapi ketika saat ‘akhir’ dia hanya mampu iringi jenazah dari bawah blok menuju ke bas jenazah.

Berdosa ke saya menjadi isteri kedua. Adik-beradik saya sedaya upaya untuk saya masuk rumah arwah suami tetapi mereka sama sekali tidak pedulikan kami.

Padahal semua dah tahu saya ini isteri kedua arwah. Zalim, fitnah dan ghibah (cakap buruk mengenai orang lain) tentang saya dan suami.

Apa yang lebih memilukan, apabila wanita ini dan ahli keluarganya hanya mampu tunggu di bawah blok bangunan dan tidak diberikan kesempatan untuk masuk ke dalam rumah.

Keluarga saya sahaja kekuatan masa ini. Alhamdulillah memang arwah suami menghembuskan nafas terakhir di pangkuan dan di depan mata saya. Saya dapat bersama di lokasi 1 sahaja, dan lokasi 2 ni tiada rezeki.

Masa ini saya masih lagi tak dapat tengok depan-depan wajah terakhir arwah suami saya dikafankan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan nasib yang menimpa wanita ini dan sempat menitipkan doa buat Allahyarham suaminya.

Lihat Video Penuh:

@touchlena Sambungan VTT jawapan kenapa Jenazah Suami saya berpindah Lokasi. Jgn tabur Fitnah dan Percaya bile Hanya dengar Sebelah Pihak saje. #alfatihah #kematian #suami #family #zalim ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

 

BACA:

Menjelang Ramadan, 2 chef ditangkap ‘bersama’ di ranjang

Remaja sekolah dirogol pesakit Covid-19 di pusat kuarantin, ini yang terjadi..

Leave a Reply

Your email address will not be published.