Kecoh jiran bergaduh cari pemilik sebenar spender yang jatuh, siap utus surat

Jiran bergaduh siap utus surat, cari pemilik sebenar spender yang jatuh

Kecoh jiran bergaduh cari pemilik sebenar spender yang jatuh, siap utus surat. Macam-macam ragam apabila kita hidup berjiran. Malah, ada kalanya timbul silap faham yang mungkin boleh mengeruhkan hubungan jiran tetangga.

Antara isu yang sering timbul apabila hidup berjiran ialah masalah pembuangan sampah. Kisah individu yang mendakwa tertekan disebabkan sampah jirannya sehingga terjadinya pergaduhan bukanlah perkara yang asing kita dengari.

Pun begitu, lain ceritanya bagi penghuni tiga unit rumah di sebuah kondominium dipercayai di Setapak ini. Awalnya bermula dengan nota amaran, silap faham ini akhirnya diselesaikan dengan surat pengakuan dan undangan makan malam percuma.

Tolong berhenti buang sampah anda ke bawah rumah kami

Awalnya, penghuni rumah bawah menghantar surat layang melalui peti surat penghuni di atasnya yang disangka pemilik ‘sampah’ berkenaan.

Kami minta jasa baik untuk tolong berhenti membuang sampah anda ke bawah rumah kami.

Rumah kami bukan tempat pembuangan sampah. Tolong jadi bertamadun dan menghormati orang lain. Kami percaya anda ada tong sampah sendiri untuk buang sampah anda.

Surat layang itu mendapat balasan daripada penerima yang menafikan ‘sampah’ itu miliknya.

Saya rasa anda tuduh orang yang salah. Ini bukan barang dari unit saya. Saya tidak mengenali item ini dan kiriman di peti surat yang anda tinggalkan dan tujukan pada kami adalah salah dan bukan barang kami pun.

Saya harap selepas ini mungkin pihak tuan boleh selidik dulu dari mana ‘sampah’ ini datang dan bukan terus tuju unit kami.

Sekian, terima kasih.

Akhirnya, tampil individu yang dipercayai pemilik sebenar ‘sampah’ tersebut bagi mendamaikan kedua-dua pihak.

Maaf sangat abang-abang gaduh sebab seluar dalam saya.

Cerita sebenarnya adalah saya jemur seluar dalam saya pada waktu siang, malangnya angin sangat kuat dan menyebabkan seluar dalam saya terbang ke unit mangsa 9-XX.

Lagipun saya tahu seluar dalam Uniqlo saya hilang pada hari kedua. Bukan salah unit 9-XX, bukan salah 10-XX, salah angin kuat.

Kesimpulannya, sebagai tanda kemaafan saya, saya ingin menjemput abang-abang unit 9-XX dan 10-XX untuk makan malam KFC yang percuma,” tulisnya, menyertakan nombor telefon untuk dihubungi.


Pengajarannya, bersangka baiklah.

Sabun ada serbuk emas dan berlian ini diiktiraf paling mahal di dunia

Berbillion harta karun milik Sultan Melaka ditemui, ada 84 peti semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *