Kecoh! Lelaki nekad beli tanah dan bina tembok ‘Block’ halaman jiran, geram jiran tutup jalan masuk

Lelaki tular di TikTok mengadu tidak tahan dengan sikap jiran, dakwa jiran sengaja bina tembok tinggi halang laluan keluar masuk rumahnya.

Hidup berjiran sememangnya penuh dengan pelbagai cerita suka dan duka, tidak kurang juga sengketa. Seperti kisah kejiranan yang tular di Indonesia ini, seorang lelaki dipercayai sengaja membina tembok untuk menghalang laluan masuk di kawasan halaman jirannya.

Memetik laporan Suara Bali, kisah itu ditularkan oleh seorang pengguna TikTok yang mengadu mengenai sikap jirannya itu.

Dakwanya, jirannya itu mempunyai penyakit hati kerana sanggup membina tembok sehingga membuatkan laluan terhalang.

Difahamkan, tanah yang diduduki olehnya pada ketika ini adalah milik jirannya yang dibeli pada tahun 2013.

“Jadi saya sebelum ini tidak berhasrat untuk membina rumah di sini kerana jauh dari lebuh raya, saya takut tiada nilai, kerana akses ke kereta sukar. Tapi saya fikir bolehlah untuk buat tempat berehat bila pulang ke kampung,” katanya.

Menurutnya lagi, dia juga memutuskan untuk membeli sebidang tanah dan membina rumah sendiri kerana memiliki anjing peliharaan.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila mendapati jirannya membuat satu tindakan yang tidak adil iaitu dengan membina tembok.

@cocobenitovonroyalcobyco ♬ Lo Mati Gue Party Coy – Jeremya Ginting & DJ Kardus

Jelasnya, kedudukan rumahnya berada di tengah-tengah antara rumah dan tanah kosong milik jirannya itu.

Selama ini jalan masuk ke jalan besar yang dilaluinya pula memerlukannya menyeberangi tanah kosong itu.

Dakwanya lagi, dia cuba mengalah tetapi jirannya mahu menjadikan tanah kosong itu sebagai kedai. Oleh itu, dia pun terpaksa membeli tanah kosong yang berada di depan rumahnya.

“Entahlah, dia kata nak tutup sebab nak buat kedai, jadi akhirnya saya tak dapat ke sana. Suka atau tak, saya terpaksa membeli tanah itu pada harga yang tidak sepadan dengan pasaran,” katanya.

Sebagai penyelesaian, dia telah mengambil keputusan untuk membina tembok tinggi mengelilingi seluruh kawasan teres rumahnya dengan ketat dan hanya menyediakan satu pintu besi sebagai laluan masuk ke kawasan rumahnya.

Baca :

Tragis…Sekumpulan monyet campak bayi umur 4 bulan dari tingkat tiga sehingga maut

Pengurus Bank hilang RM605,000, kena tipu dengan scammer

Kecoh anggota PDRM didakwa curi duit dalam dompet ditinggal individu di balai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *