Kecoh peniaga bazar jual peha ayam ‘harga yahudi, tokei gerai tampil bentang kos sebenar

Kecoh peniaga bazar jual peha ayam ‘harga yahudi, tokei gerai tampil bentang kos sebenar.  Baru-baru ini telah tular berkenaan seorang peniaga menjual paha ayam dengan harga RM10.

Ramai yang berpandangan bahawa harga tersebut terlalu mahal sehingga yang melabelkan harga paha ayam tersebut sebagai “harga yahudi”. Susulan isu ini telah menjadi tular, tuan badan , empunya perniagaan telah tampil menjelaskan kenapa harga paha ayam panggang yang dijualnya dijual dengan harga begitu.

Berikut adalah perkongsiannya menerusi lama FB.

 

Mahal ke Rm10?
===============
Satu pencerahan yang sangat sesuai untuk kita pahami. Jom layan baca sikit. Untung wooo RM 1ribu sehari/sebulan RM 30ribu.
.
Fuhhhh. untunglaaa. Jual rm10 seketol. 100 ketul dah dpt seribu sehari. 30 hari 30 ribu. Perghhhh
.
Ni niaga gi haji balik hari ni
Camni la orang berniaga. Untung xnak kurang
Esok lusa guna vellfire gamaknya jual mahal2
Kalau dlm berniaga xde rasa nk beramal. Cmnila
.
Bangun setelah berehat sebentar membasuh peralatan2 berniaga semalam. Peniaga pergi ke pasaraya utk membeli barangan jualan.
.
Harga whole leg ayam saiz sederhana antara rm4-rm5.
.
Dibeli juga bahan2 rempah ratus perapan.
.
Barangan sos
.
Barang2 pembungkusan.
.
Keluar dari rumah dalam pukul 9 pagi. Selepas dalam sejam setengah ke sana ke sini melengkapkan barangan2 niaga. Tiba dalam pkl 10.30 pg.
.
Terus dibasuh ayam2 yg dibeli. Selepas itu diperap. Setelah itu masak pulak sos.
.
Selesai persiapan sudah hampir zohor.
.
Berehat sebentar melepas lelah. Dianglat barang2 dlm kenderaan berniaga.
.
Setiba di tapak niaga. Di susun dulang2. Penyepit. Arang dibakar.
.
Di bawah panas petang mulalah proses membakar.
.
Alhamdulillah. Habis semuanya 100 ketul ayam yg dijual dengan harga rm10 seketul.
.
Kayo.
.
Rm1000 sehari berniaga. Kan.
.
Sebelum pulang. Setelah siap2 mengemas. Pekerja2 di bayar gaji harian.
.
Tauke balik rumah. Gembira.
.
Duduk di depan tv sementara tunggu Isyak selepas mandi tadi. Mengeluarkan buku catatan perbelanjaan.
.
Ayam 100 ketul x rm4.50 = rm450
Gaji pekerja rm45x3 orang = rm135
Kos rempah perapan = rm60
Kos sos = rm60
Kos minyak kenderaan niaga= rm10
Sewa tapak 250/30hari = rm8
Kos arang = rm30
Kos bahan2 membungkus = rm35
Elaun makan pekerja = rm30
Modal backup = rm50
.
Lebih kurang rm850. Ada baki rm150 utk disimpan.
.
Isteri di dapur bertanya. Abang. Ramai komplen 10 mahal la bang. Jual la rm9. Ke. Rm8 ke.
.
Suami bertanya.
.
Yang komplen tu pernah berniaga x?? Ke dia main kira seketul mentah sebab rm4.50 seketul. Kita terus untung rm5.50?
.
Dia nampak xbenda2 lain? Aku ni kalau cakap orang ckp peniaga sombong. Xkan ke mana la kalau jual mahal cmni.
.
Dah tu. Nk aku tolak apa?
.
Pekerja?
Gaji?
Kos bungkus?
Kos sos?
.
Jadi? Mana matematik 30ribu tadi?
.
Ni mesti sebab x niaga kan?
.
Kutukan diterima. Nk share utk cari kesalahan status ni pun blh.
.
Saya berpegang pada 1 style dr dulu sebagai pembeli.
.
Kalau sedap. Mahal. X sayang nak berulang utk beli. Harga mmg x komplen dah.
.
Kalau murah. X rasa apa2. Tapi lapar hilang. Tetap saya akan berulang time duit xde. Asalkan x lapo. Sedap belakng cerita.
.
Tapi. Kalau jual memang level x sedap. Memang tula last beli.
.
BACA :

Leave a Reply

Your email address will not be published.