Kecoh peniaga salahkan orang ramai air balangnya tak laku di bazar, “patut lah tak ada orang beli..”

Kecoh peniaga salahkan orang ramai air balangnya tak laku di bazar, “patut lah tak ada orang beli..”

Tular baru-baru ini, peniaga meluahkan rasa kekecewaan mereka kepada orang ramai di Marang kerana tidak menyokong perniagaan mereka.

Peniaga tersebut juga kelihatan berputus asa dan akan menutup perniagaan mereka bahkan turut mengatakan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

Namun, lelaki dengan akaun Facebook Akmal ini telah menjelaskan kenapa perniagaan peniaga tersebut tidak laku.

Ikuti perkongsian Akmal:

____

Nak tahu apa sebab orang tak singgah?
1. Presentation fail.
Kau jual air balang zaman bila ni? Kalau awal tahun 2000 dulu, mungkin boleh. Tapi dah 2022 masih macam ni, kirim salam lah.
2. Tak ada usaha.
Orang membeli bukan dengan rasa. Jadi kau kena sampaikan rasa tu melalui pancaindera yang lain. Gunakan mata dan bunyi. Tampal sticker yang nampak air oren kau terpaling oren kat situ.
3. Hambar.
Kalau warna air tak dapat nak ubah sekalipun, kau main warna kedai. Letak warna yang menaikkan nafsu untuk orang beli. Tu alas meja. Dah kenapa alas meja guna alas meja sekolah agama rakyat tahun 1999 punya?
4. Penjenamaan.
Kena la cari satu X Factor yang buat orang teringin nak singgah kedai kau. Pernah dengar kan roti canai terbang? Nasi lemak paku? Aiskrim pasu? Ini semua benda yang kau kena cari sebagai satu bonus untuk boost jualan kau.
Pernah kan tular group jual air balang sambil nyanyi sama-sama?
Atau yang letak menu air balang tu rare. “Air drebar lori, air iron man, air Hulk.”
Pantang betul kalau jenis meniaga tapi salahkan orang tak singgah ni. Padahal salah tu daripada diri sendiri.
Orang suruh buat banner, bunting, sticker, taknak. Berkira. Tak tahu agaknya impak marketing and branding ni besar yang amat.
Akmal,
Sentiasa mencari salah
Sentiasa bermarah marahan
BACA:

Leave a Reply

Your email address will not be published.