Kecoh ‘renovate’ rumah macam kuil, rupanya ini cerita dari Majlis Bandaraya Seremban

Kecoh ‘renovate’ rumah macam kuil, rupanya ini cerita dari Majlis Bandaraya Seremban. Pemilik sebuah rumah ala ‘kuil’ di Taman Surian, Mantin, Negeri Sembilan bakal hadapi tindakan undang-undang selepas didapati melakukan pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan.

Bakal dikenakan tindakan

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) iaitu Datuk Masri Razali memaklumkan, pihaknya telah menerima aduan daripada jiran pemilik rumah tersebut yang mendakwa tindakan pengubahsuaian berkenaan telah menimbulkan rasa tidak selesa mereka.

Difahamkan juga, MBS telah menyerahkan notis arahan sebanyak tiga kali sejak dari tahun 2019 agar pemilik rumah berkenaan tidak meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian namun tidak diendahkan.

Kami memang telah berikan notis kepada pemilik untuk merobohkan, namun disebabkan tiada tindakan dan pembinaan terus dilakukan jadi kami bawa ke peringkat seterusnya iaitu bagi tindakan undang-undang.

Sementara jiran pemilik rumah berkenaan mendakwa pengubahsuaian yang dilakukan inidividu itu secara tidak langsung telah membuatkan rumahnya mengalami kerosakan seperti retak, bocor dan lembap di dinding bilik dan ruang tamu. Menurut sumber, pihak MBS juga telah menutup kediaman berkenaan dan tindakan selanjutkan akan diambil.

BACA:

“Lama dah saya tak tidur, tak mimpi..” – Ustaz Kazim

Tengah sedap ‘membuang’, ular tiba-tiba je patuk punggung dari lubang jamban, lepas 2 minggu ini yang jadi..

Wajah sebiji macam arwah Siti Sarah, bergenang air mata Raisuddin tengok

Leave a Reply

Your email address will not be published.