Kekayaan Zuckerberg merosot teruk, hanya tinggal RM243 Billion dalam poket

Kekayaan Zuckerberg merosot teruk, hanya tinggal RM243 Billion dalam poket

Harta Tinggal Cuma RM 243 Bilion, Mark Zuckerberg Kini Bukan Lagi 10 Manusia Terkaya Dunia

Nilai bersih kekayaan CEO Meta, Mark Zuckerberg dilapor merosot sebanyak RM 319 bilion setakat tahun ini, sekaligus menolaknya ke tangga ke-20 dalam senarai orang terkaya di dunia.

Menurut Indeks Billionaires Bloomberg, Zuckerberg memulakan tahun ini dengan kekayaan berjumlah RM 571 bilion. Namun sejak itu, kekayaan beliau merosot kepada RM 252 bilion, iaitu kejatuhan lebih daripada 55%. Forbes mengangarkan nilai bersih kekayaan semasanya sebanyak RM 243 bilion.

Meta yang memiliki Facebook, Instagram, WhatsApp, dan Oculus berdepan dengan kemelut dalan tempoh 12 bulan kebelakangan sejak Mark mengumumkan ia akan menjadi sebuah syarikat “metaverse” dan kemudiannya melancarkan penjenamaan semula besar-besaran pada Oktober lalu.

Facebook turut melaporkan penurunan jumlah pengguna buat pertama kali, iaitu kehilangan kira-kira satu juta pengguna aktif harian pada suku terakhir 2021.

Pendapatan bersih Meta jatuh 36% atau lebih daripada RM 13 bilion, pada suku kedua daripada tempoh yang sama pada 2021.

Syarikat itu berkata dalam kenyataan proksi pada April bahawa ia telah membelanjakan kira-kira RM 45 bilion untuk pelaburan metaverse pada 2021 iaitu kira-kira 50% daripada perbelanjaan modalnya.

Meta juga berkata sehingga April terdapat lebih 10,000 orang bekerja bagi projek metaversenya itu.

“Perniagaan metaverse bagi kami tidak benar-benar menjadi penyumbang yang bermakna kepada perniagaan sehingga sekurang-kurangnya selepas dekad ini.

”Untuk itu secara realistiknya dalam dekad ini, ia berkenaan meletakkan asas untuk itu dan menjelang tahun 2030 baru ia akan memberi sumbangan kepada keuntungan syarikat,” kata Zuckerberg semasa mesyuarat pemegang saham tahunan syarikat pada Mei lalu.

Beliau menambah bahawa syarikat yang berjaya harus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan bagi membantu mendorong menuju ke hadapan.

Gambar terbaru Jho Low berjaya dirakam di Macau

Tular video DDNK naik kapal layar mewah dengan isteri baru, natizen kata makin manja

Leave a Reply

Your email address will not be published.