Kelab Malam terbakar, puluhan mangsa maut di awal pagi Ramadan

Kelab Malam terbakar, puluhan mangsa maut di awal pagi Ramadan. Satu letupan besar dilaporkan berlaku di sebuah kelab malam di Baku hingga menyebabkan puluhan mangsa maut dan cedera, lapor Daily Star.

Media tempatan melaporkan bahawa letupan itu telah memusnahkan bangunan kelab  tersebut.

Namun, jumlah sebenar mangsa yang terlibat dalam kejadian itu masih belum diketahui.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh pengguna media sosial, keadaan di luar bangunan itu dilihat sangat huru-hara dan dipenuhi oleh mangsa yang cedera.

Dalam satu video lain, kedengaran jeritan yang mengerikan datang dari kelab malam itu ketika orang awam cuba untuk mengosongkan bangunan tersebut.

Sementara itu, pasukan bomba dan penyelamat serta Kementerian Dalam Negeri Azerbaijan telah dipanggil ke tempat kejadian.

Maklumat awal mendapati bahawa letupan itu berpunca daripada kebocoran gas tetapi ia masih belum dapat disahkan lagi.

 

Video:

Leave a Reply

Your email address will not be published.