Kelibat wanita baju putih berambut panjang ‘tumpang’ duduk atas kereta berjaya dirakam

Kelibat wanita baju putih berambut panjang ‘tumpang’ duduk atas kereta berjaya dirakam. Baru-baru ini tular di Indonesia mengenai satu video yang didakwa memaparkan sosok berambut panjang dan berpakaian putih di atas sebuah kereta yang dipandu laju di jalan raya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram, kejadian tersebut dipercayai berlaku di wilayah Sukabumi Geopark pada 4 Julai lalu, lapor Suara.com

“Kejadian pada Isnin, 4 Julai di wilayah Sukabumi Geopark,” kata pengguna Instagram itu.

Daripada rakaman video itu, netizen ‘terpukau’ melihat ‘sesuatu’ di atas kereta tersebut yang didakwa seperti berambut panjang dan berbaju putih.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya yang berada di atas kereta tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat ribuan tontonan dan dihujani dengan pelbagai komen dari netizen.

Rata-rata dari mereka tertanya-tanya mengenai sosok tersebut dan tidak kurang juga ada yang berseloroh.

“Kuat juga cengkamannya ya, berpusing pun tidak jatuh,” kata seorang netizen.

“Oh dia baru buat google view tentang alam ghaib,” kata seorang lagi netizen.

Baca juga :

400 jemaah haji Malaysia kena ‘scam’ di malam jumaat, terkandas di KLIA saat akhir

Usahawan ini dedah gaji sebenar tukang cuci Masjidil Haram, tak sangka..

Penjara dah macam hotel lima bintang, “ramai lah berebut nak masuk sini nanti”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *