Kematian Adibah Noor berpunca dari vaksin? Golongan antivaks mula buat spekulasi..

Kematian Adibah Noor berpunca dari vaksin? Golongan antivaks mula buat spekulasi..

Berita pemergian artis versatil Adibah Noor, ternyata dirasai oleh semua pihak. Namun begitu, masih ada segelintir individu yang tidak tahu menjaga adab dan menghormati perasaan keluarga arwah. Di Twitter, golongan ‘antivaks’ menjadikan kematian Adibah Noor sebagai ‘modal’ dakwa vaksin punca kanser.

Patut kanser merebak dengan cepat

Menerusi ‘group chat’ di Telegram, sekumpulan ‘antivax’ mendakwa tindakan Adibah Noor mengambil tiga dos vaksin dalam tempoh setahun menyebabkan kanser yang dialami olehnya itu merebak dengan cepat. Berikutan daripada itu juga, arwah tidak sempat melakukan sebarang rawatan dan meninggal dunia.

Dalam group tersebut, sekumpulan ‘antivax’ turut menyatakan rasa tidak masuk akal sekiranya penyanyi berkenaan boleh menghidap kanser ovari dalam tempoh masa yang singkat. Kecewa membaca perbualan di antara segelintir netizen di dalam ‘group’ tersebut, seorang pengguna Twitter nekad melaporkan hal demikian kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Ujar pengguna Twitter tersebut, dia tidak tahu dimanakah adab manusia zaman sekarang tatkala ada yang meninggal dunia.

Terdahulu, arwah memberitahu dia lengkap mengambil ketiga-tiga dos vaksin.

BACA:

Perkongsian terakhir di twitter Adibah jadi perhatian, “aku sendiri dalam memerlukan..”

Wanita ini dedah sumbangan besar Adibah Noor kepada kucing jalanan yang ramai tak tahu

Adibah Noor meninggal dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published.