Kena seksa dengar lagu ‘baby shark’ hari-hari, banduan akhirnya maut dalam penjara

Kena seksa dengar lagu 'baby shark' hari-hari, banduan akhirnya maut dalam penjara

Seorang banduan yang sebelum ini memfailkan saman terhadap penjara di Oklahama kerana mendakwa diseksa dan dipaksa mendengar lagu kanak-kanak popular, Baby Shark selama berjam-jam ditemui mati pada Ahad lalu, lapor NBC News.

Menurut Pegawai Pusat Tahanan Daerah Oklahoma dalam satu kenyataan berita, seorang pegawai penjara yang menjalankan pemeriksaan mendapati mangsa, 48, tidak sedarkan diri sekitar jam 3.50 pagi waktu tempatan.

Susulan itu, pegawai perubatan telah dikerah ke lokasi kejadian namun mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 4 pagi.

Peguam bela mangsa dalam satu kenyataan di Twitter mendakwa bahawa kematian anak guamnya itu adalah suatu kes misteri dan ia merupakan banduan yang ke-14 mati di penjara itu tahun ini.

“Saya berduka atas pemergian anak guam saya yang diseksa dan meninggal dunia pada hari ini dalam tahanan Penjara Daerah Oklahoma,” tulisnya.

Kes perbicaraan yang seterusnya mengenai tuntutan penderaan tersebut dijadualkan pada 22 September ini, lapor The Oklahoman.

Sehingga kini, punca kematian lelaki berkenaan masih belum dapat dikenalpasti.

Terdahulu, mangsa termasuk empat banduan lain memfailkan saman undang-undang hak sivil persekutuan selepas mendakwa pegawai penjara melakukan kekerasan dan disiplin yang berlebihan pada tahun lalu.

Dalam kes itu seorang polis dan dua bekas pegawai penjara telah disabitkan atas dakwaan itu.

Menurut laporan yang difailkan, mangsa dan seorang lagi banduan terpaksa mendengar lagu Baby Shark sambil berdiri dan diseksa selama berjam-jam pada tahun 2019.

Manakala pada tahun yang sama, seorang lagi banduan didakwa telah ditarik keluar dari ruangan sel untuk berdiri selama tiga hingga empat jam sambil digari.

Laporan mahkamah turut mendedahkan bahawa salah seorang banduan tidak dipaksa untuk mendengar lagu tersebut namun diseksa dan diludah.

Peguam Daerah Oklahama, David Prater mendakwa bahawa dua bekas pekerja penjara dan penyelia terlibat dalam penyeksaan dan salah laku pada Oktober 2020.

Sementara itu, pada 19 Ogos lalu, seorang banduan dilaporkan membunuh diri manakala tiga banduan lagi meninggal dunia pada Julai, maklum pegawai penjara.

Prater menganggap tindakan itu sebagai satu bentuk hukuman emosi dan tidak berperikemanusiaan kepada banduan-banduan berkenaan.

Penduduk Kelantan gempar dengan penemuan bukit penuh dengan emas

Baru tingkatan 5, pelajar dari Shah Alam ini terima gaji RM14,000 sebulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.