Kena uji lagi…Pegawai kesihatan ‘serbu’ gerai Chef Ammar

Kena uji lagi…Pegawai kesihatan ‘serbu’ gerai Chef Ammar.

Sejak awal Ramadan lalu, nama Chef Ammar Ali menjadi popular kerana tular pelbagai kejadian yang berlaku di kedai Nasi Arab Bazar Ramadan Stadium Shah Alam.

Antaranya dia telah menghadkan pembelian setiap seorang dan memberikan nombor supaya mereka tidak beratur terlalu lama namun gagal mendapatkan juadah.

Malah ada pelanggan yang bergaduh gara-gara tidak berpuas hati insiden potong giliran dan menjual semula menu itu dengan harga tinggi.

Ada netizen juga berpendapat kenapa pelanggan sanggup beratur berjam-jam di bulan Ramadan sedangkan gerai Chef Ammar dibuka 11 bulan lagi di Subang.

Apa pun, sambutan yang luar biasa terhadap nasi Arab itu pastinya memberi keuntungan yang berlipat kali ganda untuk tukang masak asal Palestin itu memandangkan kedainya menjual dua menu dengan harga RM25 dan RM50.

Hari ini tular di media sosial satu video dimana Chef Ammar memberitahu gerai di Bazaar Ramadhan USJ 4 terpaksa ditutup kerana telah disihir.

Pengakuan Chef Ammar itu menyebabkan para pengguna media sosial meluahkan rasa simpati dengan apa yang berlaku.

Ini kerana mereka mengikuti kisah Chef Ammar pasti tahu perjuangannya dalam menjadi tukang masak sehingga sanggup berhenti kerja dan memberikan fokus kepada perniagaan sendiri demi memastikan semua orang dapat merasai juadah yang berkualiti.

Mereka juga turut berasa geram dengan sesetengah pihak yang masih mempercayai perkara-perkara khurafat ini hanya kerana dengki dengan kejayaan orang lain.

Gerai Stadium Shah Alam Disaman?

Lagi dugaan Chef Ammar di bulan Ramadhan. Hari ini tular satu video yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok bernama @muhammadfaridabas.

Menurut video tersebut kelihatan beberapa orang yang memakai jaket dari Jabatan Kesihatan berjumpa dengan Chef Ammar.

Dikatakan Chef Ammar telah dikompaun tetapi atas sebab apa tidak dinyatakan dalam video.

 

Video:

@muhammadfaridabas Besar dugaan chef ammar kali ni kena saman pulak..semoga dipermudahkan #kasifyp ♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata

Komen Netizen:

 

BACA LAGI: 

Pilu..Nurse dedah pengalaman rawat Bella, “jerit tiap malam, tak lena tidur..”

[Video] Tangan kanak-kanak perempuan hancur, tersepit eskalator di Mall

Demi kelangsungan hidup, suami sanggup izin isteri temani jiran tidur dibayar RM15

Leave a Reply

Your email address will not be published.