Kentut tanpa henti selepas makan sandwich kedai ni, lelaki saman RM1 Juta

Seorang lelaki di Britain telah mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM1 juta terhadap pemilik sebuah gerai makan kerana mendakwa menyebabkan dia mengalami masalah kentut tanpa henti sejak makan sandwic yang dibeli di premis berkenaan lima tahun lalu.

Menerusi laporan Times Now, Tyrone Prades membeli sandwic itu pada bulan Disember 2017 ketika melawat sebuah pasar Krismas di Birmingham bersama isteri dan anak-anaknya.

Menurut peguam, Robert Parkin, anak guamnya mengalami kekejangan pada perut, demam, muntah dan cirit-birit beberapa jam selepas makan sandwic tersebut.

Difahamkan , Prades telah terlantar di atas katil selama lima minggu akibat jangkitan bakteria salmonella.

Robert turut berkata, Prades mengalami masalah kembung perut yang kerap dan tidak terkawal sejak kejadian itu.

Dia juga tidak boleh mengawal kentut. Susulan daripada masalah itu, Prades berasa malu sekiranya berada di khalayak ramai. Lebih teruk, Prades akan kerap terjaga pada waktu malam.

Perutnya juga sering mengeluarkan bunyi aneh selepas kesakitan itu reda.

Prades mengalami masalah kembung perut melampau secara berterusan.

Perutnya juga terus mengeluarkan bunyi sehinggakan tidurnya terganggu.

Gejala-gejala yang berterusan itu telah mengubah kehidupannya.

Sementara itu, peguamcara bagi Frankfurt Christmas Market Ltd, Philip Davy memaklumkan, pegawai kesihatan alam sekitar ada menemui bakteria e-coli pada pisau yang digunakan dalam menyediakan sandwic tersebut, namun bukan salmonella seperti yang didakwa.

Tambahnya, disebabkan Prades tidak mendakwa bahawa dia dijangkiti oleh e-coli, dia perlu membuktikan diri dijangkiti bakteria itu bagi membolehkannya menerima wang tuntutan saman.

Syarikat yang menyediakan sandwic itu dalam masa sama menafikan dakwaan Prades dan kes tersebut akan dibicarakan di mahkamah.

Baca :

Dengki dapat nombor 1, budak umur 14 tahun lumpuh kena santau dengan rakan

Tukar tikus jadi duit, Majlis Perbandaran Jasin tawar ganjaran tangkap tikus seekor dapat RM3

72 Peratus pelajar lepasan SPM pilih untuk tak sambung belajar- Jabatan Perangkaan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.