Kerajaan sahkan helikopter dan juruterbang hilang dari radar

Senarai harta terkini orang paling kaya di Malaysia, akhirnya ada melayu seorang

Sebuah helikopter jenis Eurocopter dan juruterbangnya dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada jam 12.16 tengah hari tadi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata perkara itu dimaklumkan dan disahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) kepadanya.

“Sebuah helikopter syarikat swasta yang terbang dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 11.37 pagi dengan seorang juruterbang dalam pesawat itu.

“Helikopter berkenaan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh pada jam 12.37 tengah hari tetapi dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur pada jam 12.16 tengah hari tadi.

“Lokasi terakhir dilaporkan di sekitar kawasan hutan dekat Bidor dan Langkap,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Stesen KTMB Ipoh, hari ini.

Beliau berkata, CAAM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berdasarkan prosedur ditetapkan.

“Saya mendoakan yang terbaik, kita akan melakukan apa juga usaha untuk mengesan helikopter yang dikatakan hilang dari radar KLATCC itu.

“Selain mendapat kerjasama PDRM, kita turut mengerahkan semua pasukan agensi berkenaan mencari helikopter terbabit,” katanya.

Ka Siong berkata, operasi akan dijalankan di sekitar kawasan hutan Bidor dan Langkap yang dipercayai lokasi terakhir helikopter berkenaan terputus hubungan.

Katanya, operasi pencarian juga akan diadakan di atas laluan darat oleh PDRM.

“Jika mengikut radar dia (helikopter) memang sudah ada di atas tanah, namun kita tak tahu, selagi belum dapat (laporan penuh) maka kita tidak boleh buat sebarang andaian.

“Satu laporan lengkap dalam bentuk kenyataan akan dikeluarkan CAAM selepas ini,” katanya.

Pak Lah derita demensia sejak 2000, “tak kenal orang dah”, dedah KJ

Leave a Reply

Your email address will not be published.