Seorang kerani mendakwa dicabul seorang pegawai polis dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sentosa dekat Kampar, pada Jumaat.
Dalam kejadian sekitar jam 10.30 malam itu, mangsa berusia 23 tahun mendakwa lelaki itu telah bertindak meraba dan menciumnya.
Sumber memaklumkan, kejadian berlaku ketika wanita itu menemui pegawai polis berkenaan kerana mahu mengetahui bagaimana lelaki itu mengenalinya.
Lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai polis telah mengajak wanita terbabit menaiki kereta sebelum dibawa ke rumahnya.
“Sampai di rumah lelaki itu, mangsa meminta untuk dihantar pulang, namun suspek secara tiba-tiba menghalang dan menarik wanita itu sebelum meraba dan menciumnya.
“Mangsa berjaya menghalang perbuatan suspek dan telah dihantar pulang. Mangsa yang ketakutan kemudiannya membuat laporan polis,” katanya.
Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah.
Baca:
Kisah suami Nurul Izzah yang ramai tidak tahu, “soalan bodoh pun dia layan”
Susah nak dapat alat ganti, juruterbang Russia diminta kurangkan pakai brek pesawat