Kereta Elektrik jadi kenderaan rasmi jemaah menteri Malaysia

Kerajaan putuskan jemaah menteri bakal guna kereta elektrik mulai tahun depan.

Ekosistem kenderaan elektrik semakin berkembang di Malaysia dengan beberapa inisiatif sedang diusahakan daripada beberapa pemain-pemain industri seperti TNB dan PLUS dalam membangunkan stesen pengecasan di seluruh lebuh raya negera.

Terbaharu, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerajaan memutuskan untuk menggunakan kenderaan eletrik (EV) kepada semua jemaah Menteri akan berkuatkuasa mulai tahun depan, lapor Malaysia Gazette.

“Mulai tahun depan, semua perolehan kerajaan akan bergerak kepada kereta elektrik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pejabat Khidmat Malaysia di Batu Caves baru-baru ini.

Namun, butiran mengenai penggunaan kenderaan EV itu masih belum diputuskan lagi. Ini kerana masih tidak banyak lagi kereta elektrik, maka kosnya agak tinggi tetapi apabila penggunaan semakin banyak, kosnya akan jadi lebih murah.

“Isu kita ialah tempat pengecas, jadi kita terpaksa sediakan fasiliti terlebih dahulu di mana stesen pengecasan kena dibina,” kata Tuan Ibrahim lagi.

Dalam sidang media itu juga, Menteri KASA itu turut mendedahkan satu projek rintis akan dimulakan di Pulau Langkawi untuk menggalakkan penggunaan motor elektrik dengan menyediakan 100 unit motosikal elektrik yang menggantikan motosikal petrol sedia ada milik penduduk setempat.

Beliau juga berkata Putrajaya bakal menjadi sebuah bandaraya sifar karbon, dengan meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik di kawasan itu

Leave a Reply

Your email address will not be published.