Kes dera Bella: Semua peguam Siti Bainun tarik diri

Kes dera Bella: Semua peguam Siti Bainun tarik diri

Kesemua peguam Siti Bainun hari ini tark diri perbicaraan Bella. Perkara ini disampaikan oleh Mona Din di facebooknya hari ini.

Sebelum ini, mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengarahkan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali membela diri atas tuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Siti Bainun, 30, di akhir kes pendakwaan.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias manakala Siti Bainun diwakili peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan, Asiah Abd Jalil dan Nur Ellena Mohamed Razif.

Terkini: Asyraf Wajdi umum berundur dari Ketua Pemuda Umno, “saya mohon maaf”

Disebut oleh Zahid sebagai pengkhianat, MP Jelebu pertahan sign SD sokong Muhyiddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *