Khairul Aming dedah rahsia ‘trick’ bisnes yang ramai tidak tahu

Khairul Aming dedah rahsia 'trick' bisnes yang ramai tidak tahu

Khairul Aming dedah rahsia ‘trick’ bisnes yang ramai tidak tahu. Chef selebriti terkenal Khairul Aming baru-baru ini berkongsi cara rakam video cantik dan clear untuk dimuat naik ke Instagram sekaligus meningkatkan jualan bisnesnya.

Siapa yang tak kenal content creator yang sering berkongsi video masakannya? Lebih-lebih lagi apabila Ramadan tiba, misalnya seperti tahun lalu dia berkongsi resepi setiap hari selama sebulan berpuasa tanpa gagal.

Saya yakin anda pasti tertarik kepada video yang telah dihasilkan oleh chef selebriti terkenal Khairul Aming. Tetapi tidakkah anda terfikir bagaimana dia boleh menghasilkan video dengan kualiti yang tinggi seperti itu?

Adakah dia hanya menggunakan kamera atau telefon pintar miliknya semata-mata? Pasti ramai yang ingin mengetahui rahsianya dalam memuat naik video untuk mendapatkan kualiti yang sebaik itu.

Baru-baru ini Khairul Aming menerusi laman Twitter miliknya ada berkongsi cara merakam dan memuat naik video ke laman Instagram dengan resolusi tinggi 4K, selain beberapa tetapan pada peranti iPhone.

“Tak pastilah 100 peratus jadi ke tak, tapi setakat ni pakai tetapan ni kat iPhone dan Instagram. Rakam guna kamera fon, bukan kamera Instagram.

“Juga dekat Instagram kena enable ‘high quality upload’. Lepas dah rakam baru muat naik ke Instagram Story dalam (resolusi) 4k,” katanya dalam perkongsian itu.

Khairul Aming dedah rahsia 'trick' hasilkan video cantik

Menurut Khairul Aming, segalanya bermula pada tetapan di iPhone iaitu anda perlu pergi ke bahagian Record Video dan pilih 4K at 60 fps.

Seterusnya, anda perlu pergi ke settings dan aktifkan HDR Video serta Enhanced Stabilisation sekiranya anda menggunakan iPhone 14.

Selesai dalam bahagian tetapan iPhone, mari terus ke akaun Instagram pula. Di Instagram anda perlu ke bahagian Data Usage dan aktifkan tetapan High-quality uploads. Dengan demikian, sebarang video yang bakal anda muat naik akan mempunyai kualiti yang sangat baik.

Malah, Khairul Aming sempat berpesan agar jangan merakam dan memuat naik video secara direct menggunakan kamera Instagram, sebaliknya video tersebut perlu dirakam terlebih dahulu menggunakan kamera asal telefon.

Hal ini disebabkan video yang diambil menggunakan kamera Instagram akan mempunyai kualiti resolusi yang rendah atau bahasa mudahnya, pecah.

Justeru, dengan perkongsian daripada Khairul Aming ini, anda akan mempunyai peluang untuk menghasilkan video yang berkualiti tinggi. Selamat mencuba!

Terkini: Cikgu Fadli tidak bersalah dan dibebaskan daripada semua tatatertib

Ahli Politik kena terkam, raba oleh sekumpulan wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *