Seperti ramai sedia maklum, khutbah Jumaat yang dijalankan seminggu sekali pada waktu Zohor hari Jumaat seharusnya menjadi medan dakwah buat para jemaah yang dihadiri oleh para lelaki beriman di masjid.
Di sebalik saranan dan nasihat kepada orang ramai untuk mengikut segala suruhan dan perintah Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangannya, khutbah Jumaat di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu nyata meraih perhatian ramai apabila secara terang-terangan mempromosikan produk daripada sebuah kedai emas.
Perkongsian yang dibuat Twitter @ArhamMerican93 ini turut menyebut nama kedai emas berkenaan yang turut menawarkan hadiah istimewa sempena Kempen Simpan Emas yang dianjurkan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bersama kedai emas tersebut.
Khutbah Jumaat tadi di Kuala Lumpur tentang Zakat emas dan kempenkan promosi Habib Jewels. Satu tindakan yang disebut dalam hadis dengan celaan:
— Arham Merican 🇵🇸 (@ArhamMerican93) September 23, 2022
Malah sebarang bentuk perniagaan termasuk bab promosi perlu dielakkan berdasarkan ayat Al-Quran surau Nur 36-37: pic.twitter.com/dD5N6LyfYr
— Arham Merican 🇵🇸 (@ArhamMerican93) September 23, 2022
Tweet beliau yang tular turut mendapat perhatian netizen yang turut tidak bersetuju dengan teks khutbah Jumaat berkenaan. Malah, terdapat jemaah yang memaklumkan itu merupakan kali pertama beliau mendengar iklan dalam khutbah Jumaat.
Pengguna Twitter ini turut mendedahkan secara lebih terperinci mengenai teks khutbah Jumaat tersebut serta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak membuka ruang kepada mana-mana produk atau syarikat mengambil kesempatan di atas mimbar dan masjid.