Kini ada gerakan sulit pemimpin Umno nak bersama PN?

Kini ada gerakan sulit pemimpin Umno nak bersama PN?

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Saarani Mohamad enggan mengulas berhubung dakwaan terdapat gerakan sulit dalam parti itu bersama Pas yang mahu menjalinkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak berkata beliau sebaliknya tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung dakwaan itu.

“Saya tak ada maklumat itu,” jawabnya ringkas salam sidang media Majlis Perasmian Karnival Anak Muda (KAMU) @ Karnival Lokein-O-Rama dan Majlis Pelancaran Aplikasi Talent Perak di Stadium Indera Mulia di sini pada Sabtu.

Pada Jumaat Astro AWANI melaporkan Timbalan Pengerusi BN Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa terdapat segelintir pihak dalam UMNO yang mahu membuat gerakan sulit bersama Pas bagi membuat gabungan antara BN, PN, dan GPS.

Nur Jazlan dilaporkan mendakwa kumpulan itu cuba melemahkan UMNO dari dalam, dengan harapan dapat mempengaruhi barisan kepimpinan UMNO/BN, supaya menerima PN sebagai rakan kerjasama politik di masa depan.

Menurutnya lagi, kumpulan tersebut juga sanggup untuk menerima ahli politik bekas UMNO dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dan cuba membuat taktik mengambil alih semula BN. – Awani

Dari kecil azam jadi pemandu bas, pemuda tolak 3 tawaran universiti kejar cita-cita

“Duit terlalu banyak, terpaksa panggil jiran satu kampung tolong kirakan”

Leave a Reply

Your email address will not be published.