Kini Rolls-Royce Sultan Brunei jadi kereta paling mahal dunia, kalahkan Ratu Elizabeth

Kini Rolls-Royce Sultan Brunei jadi kereta paling mahal dunia, kalahkan Ratu Elizabeth. Kenderaan rasmi yang digunakan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah merupakan kereta termahal dunia sekaligus mengalahkan Bentley State Limousine milik Ratu Elizabeth II.

Rolls-Royce Silver Spur II itu adalah yang termahal dan paling berprestij di dunia. Dianggarkan kereta Sultan Brunei itu bernilai AS14 juta (RM58.6 juta) manakala nilai Bentley State Limousine milik Ratu Elizabeth II pula AS13.5 juta (RM56.6 juta).

Penilaian itu dijalankan oleh syarikat automotif United Kingdom, Select Car Leasing selepas Ratu Elizabeth menggunakan Bentley State Limousine ketika menghadiri Platinum Jubli.

Susulan itu ramai orang awam menyatakan Bentley State Limousine berkenaan merupakan kenderaan rasmi termahal dunia.

Menurut Select Car Leasing, kereta Sultan Hassanal Bolkiah jadi lebih mahal kerana penambahan yang dilakukan misalnya lapisan emas 24 karat pada seluruh badan kenderaan. Elemen emas juga dihadirkan pada bahagian rim dengan warna berkilau.

Belum lagi penambahan kanopi khusus. Sayangnya menurut Autoevolution, Sultan Hassanal Bolkiah jarang menggunakan kenderaan itu. Tidak seperti Ratu Elizabeth II yang masih dilihat menggunakan Bentley State Limousine di acara rasmi.

Difahamkan selain Rolls-Royce Silver Spur II, Sultan Brunei memiliki hampir 500 kenderaan Rolls Royce. Tidak hanya Rolls Royce, koleksi lain termasuklah Lamborghini, Porsche, Jaguar, Bugatti dan Ferrari.

Hampir seluruh hypercar dan supercar tersebut merupakan model edisi khusus yang jarang dimiliki banyak orang.

Baca: Shahidan ‘belasah’ Lokman Adam, jijik nak sebut nama

Terkini: Najib mohon tangguh hukuman, fail rayuan semak keputusan mahkamah

Bomoh Russia akui tak mampu nak sihir orang islam yang jaga solat

One thought on “Kini Rolls-Royce Sultan Brunei jadi kereta paling mahal dunia, kalahkan Ratu Elizabeth

Leave a Reply

Your email address will not be published.