Kuda berkeliaran tanpa tuan di KL jadi kecoh, “ni kalau jual mahu juta-juta dapat ni..”

Kuda berkeliaran tanpa tuan di KL jadi kecoh, "ni kalau jual mahu juta-juta dapat ni.."

Pegawai Pemerintah Unit Berkuda, Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan, DSP Nurhidayah Damanhoori memaklumkan menerusi satu hantaran Facebook di mana tiga ekor kuda yang berkeliaran di jalan raya di sekitar kawasan menghala Bukit Ampang, Selangor sejak pagi semalam telah berjaya diselamatkan.

“Kami dah selamatkan ketiga-tiga ekor kuda tersebut. Pemilik ada datang tetapi kami pujuk bagi kami bawa balik dulu, sebab pemilik hanya peminat kuda yang mengupah pekerja sementara. Jarang datang tengok.

“Kami dah pantau tiga hari memang tiada penjaga. Hasil perbincangan dengan pemilik, kami bawa balik dan rawat dulu memandangkan kuda dalam keadaan teruk dan kandang kuda tidak cukup kelengkapan.

“Alhamdulillah pemilik akur sebab dah melibatkan beberapa kesalahan iaitu mengabaikan kebajikan kuda serta membahayakan keselamatan pengguna jalanraya,” petik kenyataan yang dikongsikannya.

Dalam pada itu, Nurhidayah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang sudi memberi tempat berteduh sementara buat tiga ekor kuda ini dan juga kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menyelamatkan haiwan malang tersebut.

Memetik perkongsian Twitter @BarnAndBrxfast, beliau berasa sangat sayu dan sedih apabila mendengar perakam video menyatakan ketiga-tiga kuda itu tidak berapa jinak apabila cuba didekati.

“Betapa kuda 3 beranak ni tak mendapat perhatian, didikan dan kasih sayang. Kasih sayang tu bukan takat bagi makan minum je, bukan.

“Kita dah beli pelihara haiwan ini (kuda), dah jaga, tanggunglah amanah itu,” petik perkongsian @BarnAndBrxfast.

Dalam satu kemas kini terbaharu di Twitter @danialrzk, Unit Berkuda PDRM sudah ambil tindakan menyelamatkan kuda tu ke stable kenalan di Rahman Putra.

Video yang dikongsinya menunjukkan ketiga-tiga kuda itu makan dengan penuh selera sekali dan akan dibawa bersihkan serta membuat pemeriksaan lanjut.

Pulau terpencil di Australia dihuni oleh orang melayu

Cerita tentang MarryBrown yang dibangun oleh pasangan dari Johor sejak 1992

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *