Seorang petani tekad bajak tanah di sekeliling kawasan ladang barli di Kent, England yang terbakar dengan sepantas mungkin bagi mengelakkan api merebak hingga ke rumah, lapor Metro UK.
Difahamkan, kebakaran marak yang berlaku pada sekitar 3:15 petang di sebuah ladang barli di Lenham – antara Maidstone dan Ashford – itu telah ‘menelan’ sebahagian besar tanaman tersebut seluas lapan hektar.
Seperti yang dilapor Metro UK, petani tersebut, Bill Alexander pada awalnya menyedari kemunculan api marak berkenaan ‘bergerak’ menghampiri rumahnya di sana.
Justeru bagi mengelakkan rumahnya musnah dijilat api, Bill dengan pantas mengemudi sebuah jentera dan membajak tanah di sekeliling lokasi kebakaran bagi mengurangkan impak serta kawasan terlibat.
Difahamkan, kebakaran besar itu tercetus ekoran gelombang cuaca panas yang ‘memecahkan rekod’ di kawasan itu sejak minggu lalu.
petani bajak tanah elak rumah terbakarGambar: Metro UK
Sementara itu, salah seorang pemilik ladang di Kent, Andy Barr berkata, jirannya (Bill) itu adalah wira. Dia turut berkongsi gambar serta video aksi wira itu bertindak pantas membajak tanah menerusi Twitter.
“Berhati-hati di sepanjang jalan dan laluan di ladang barli yang terbakar.
“Gambar ini daripada anak saya dan ketika angin sedang bergerak ke arah rumah abang saya, nasib baik Bill Alexander dan Jonny & Ellie dari TCAgri menyelamatkan keadaan,” katanya.
Bill Alexander @WHAlexander1 performing heroics in my field this afternoon – you made the national news Bill! #goodneighbour pic.twitter.com/AhUHSm5GY1
— Andy Barr (@EwenMcEwen) July 23, 2022
Jelas Andy, difahamkan, sekiranya Bill tidak bertindak dengan segera, jumlah kerosakan akibat kebakaran mungkin akan lebihSelepas Ustaz, guru sekolah pula didakwa cabul pelajar 12 tahun teruk.
Dalam pada itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat Kent berkata, sebanyak lapan jentera bomba dikerahkan ke lokasi kejadian sewaktu kebakaran tersebut.
“Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran yang meliputi kira-kira lapan hektar ladang.
“Asap kebakaran juga dilaporkan kelihatan di M20 antara simpang 8 (Istana Leeds) dan 9 (Ashford). Sehubungan itu, pengguna jalan raya yang menuju ke Maidstone diminta berhati-hati,” maklum jurucakap itu.
petani bajak tanah elak rumah terbakarGambar: BBC News
Menurut laporan, kebakaran besar itu berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 4:50 petang berikutnya, malah pihak bomba turut menyelamatkan penduduk di sekitar atas faktor keselamatan.
Menurut Metro UK, tiada sebarang kecederaan yang menimpa orang awam dilaporkan dalam kebakaran ladang berkenaan.
Baca :
“Mantap Peja! Tak sangka menteri lagi pandai berlakon” – Netizen
Netizen kecam pengerusi Tahfiz buat lawak rogol, siap ber “ana anta”