Lama tak dengar cerita, keadaan terkini Waheeda Wassini kejutkan rakyat Malaysia

Lama tak dengar cerita, keadaan terkini Waheeda Wassini kejutkan rakyat Malaysia. Norwahidah Abdul Wahab, 44 tahun, atau lebih dikenali sebagai Waheeda Wassini rupanya masih lagi terlibat dalam dunia muzik namun banyak melakukan aktiviti di belakang tabir. Waheeda mengakui ianya satu perkara yang sukar walaupun sudah 10 tahun menjauhkan diri dari dunia seni muzik kerana muzik sudah menjadi darah dagingnya sejak dahulu lagi.

Ujar Waheeda “Niat asalnya, saya ingin meletakkan noktah dalam dunia nyanyian. Namun dalam diri saya, saya rasa tak boleh, pendapat saya, ini adalah kerja Allah, walau macam mana pun saya menolak, ia tetap kembali. Lebih-lebih lagi apabila saya berkahwin dengan seseorang yang juga berdarah seni dan terlibat dalam bidang yang sama.

Waheeda juga berkata jujurnya dia merupakan seorang pemuzik di hati. Lima tahun dihantar ke kelas muzik, sehingga kini, muzik tetap berada dalam hatinya. Muzik itu tidak salah kerana ianya sebahagian daripada fitrah manusia.

Beliau ketika ditemui dalam sidang media Konsert Nasyid Lagenda di Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) berkata “lni sebenarnya yang saya nak buat dari dulu lagi, iaitu bergerak di belakang tabir, dan bukan di hadapan, Tetapi saya meletakkan diri sebagai pemuzik, dan bukannya penyanyi. Maknanya sekiranya anda pemuzik ,anda tidak akan berhenti”

Waheeda kini aktif sebagai penerbit dan komposer

Waheeda kini sedang bergerak aktif sebagai seorang penerbit dan komposer dan dalam masa yang sama menjadi agen kepada bakat-bakat baharu.

“Lagu tersebut telah dirakamkan pada tahun 2007, saya sengaja melancarkannya dan ingin berkongsi dengan para peminat. InsyaAllah selepas ini saya mahu keluarkan single lain yang telah banyak dirakamkan pada tahun 2007”.

Saya lebih fokus kepada karier komposer dan penerbit di bawah syarikat saya Clef Empire yang telah ditubuhkan bersama-sama dengan adik saya pada bulan Januari yang lalu, Waheeda telah melancarkan lagu sempena Aidilfitri iaitu Marhaba Eid di yotube dan juga laman spotify” Kongsi beliau.

Alasan kenapa 10 tahun menyepi adalah untuk dalami ilmu agama dan tidak ambil kisah mengenai urusan lain.

“Dulu saya nak berhenti, sebab mahu tahu kenapa saya Islam, apabila sudah berhenti, saya ambil masa untuk belajar dan mendalami ilmu Al-Quran. Saya nak faham mengenai islam, paling penting ,kita kena kenal buku kita, jadi saya cuba memahami Al-Quran. Selepas 10 tahun hingga kini, saya tak habis lagi belajar, sekarang saya sertai semula industri muzik, saya masuk dengan ilmu Al-Quran yang saya belajar tadi,” kongsinya.

Belum dikurniakan zuriat.

Apabila ditanya mengenai kehidupan berkeluarga, Waheeda mengakui bahawa masih belum dikurniakan cahaya mata.

“Isteri pertama Akhil ada empat anak, saya tiada lagi, Alhamdulilah setakat ini saya okay sahaja, saya pun dah 44 tahun, tak mengapalah”.

“Saya dan suami bersyukur kerana sudah lebih 10 tahun membesarkan anak-anak sepanjang 13 tahun perkahwinan. Sekarang masanya untuk saya mula untuk diri sendiri. Sebab itu saya buat muzik sekarang ni. “Pendapat saya, kalau ada anak, Alhamdulilah, tiada pun Alhamdulilah, katanya yang telah berkahwin dengan Ustaz Selebriti itu pada tahun 2009. Beliau bersyukur dikurniakan peluang untuk membesarkan anak-anak tiri yang telah berusia antara 13 tahun sehingga 26 tahun.

Pencapaian sebagai penyanyi.

Beliau juga pernah muncul sebagai juara kategori Irama Malaysia melalui lagu popularnya Wassini dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) tahun 2003.

“Saya bahagia dengan dunia sekarang dan tidak pernah merindui zaman popular, saya mempunyai matlamat hidup untuk diperjuangkan. Sepanjang 10 tahun ini, saya sebenarnya sudah pun menghasilkan 50 lagu untuk penyanyi baharu. Saya masih lagi aktif cuma kehidupan saya bukan seperti dahulu.

Lagu-lagu yang telah saya hasilkan ini bukanlah untuk popular tetapi bertujuan mengubah minda pendengar. Dalam industi hiburan, sampai bilakah kita perlu berada di takuk lama”.

Beliau pernah memenangi kategori Album Pop Etnik Terbaik pada Anugerah Industri Muzim (AIM) melalui album Melodi Ahlan pada tahun 2008.

Sama sama kita doakan supaya Waheeda dan suami terus dikurniakan kejayaan dan menjadi antara mereka yang boleh memberikan sumbangan dalam kerja dakwah menerusi muzik.

Orang sanggup beratur 4 jam, makcik nasi lemak 7E buka rahsia nasi lemak laku keras

Pemilik mercedes ini ada RM118K saman tertunggak tapi tiada tindakan dikenakan, siapa dia ni?

© Oh! Viral News 2023 | Designed by PixaHive.