LCS: Rafizi jelaskan siapa Zainab Mohd Salleh

Berikut merupakan perkongsian terkini dari Rafizi Ramli:-

SIAPA ZAINAB MOHD SALLEH?

Penafian Datuk Dr Latiff Ahmad hari ini sangat lemah.

Saya perincikan nama syarikat, jumlah yang terlibat dan hubung kait dengan beliau. Saya juga sertakan perenggan khusus dalam laporan siasatan dalaman yang menyatakan Zainab Mohd Salleh adalah isteri beliau.

Beliau hanya menafikan yang Zainab Mohd Salleh bukan isteri beliau dengan merujuk kepada laporan berita yang tular. Kebetulan yang tular sebelum itu adalah satu kesilapan seorang netizen yang menuduh Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Dialog Berhad sebagai “Zainab Mohd Salleh” yang terlibat dengan skandal ini.

Zainab Mohd Salleh (LCS) adalah individu yang berlainan.

Bila Dr Latiff hanya merujuk kepada “berita yang tular”, ada macam-macam kemungkinan maksud kenyataannya, termasuklah dia bukan suami kepada CFO Dialog (kita semua pun tahu).

Esok, saya akan tunjukkan dokumen-dokumen khusus yang mengaitkan Dr Latiff dengan seorang individu yang bernama Zainab Mohd Salleh yang menjadi pemilik Alizes Marine. Insya Allah akan lebih jelas kenapa laporan siasatan dalaman menamakan Dr Latiff Ahmad sebagai “spouse” (atau suami) kepada Zainab Mohd Salleh ini.

Kawan-kawan yang mengikuti jangan cepat gelabah. Ada saja netizen yang cepat-cepat kata serkap jarang dan sebagainya. Kamu ingat nak jejaki jerung dan siasat mereka, sebagai rakyat biasa tanpa kuasa, sama macam Najib buat muka sedih minta simpati ke?

Namun saya sudah berkali-kali dibuktikan benar. Rekod pendedahan saya mengenai skandal-skandal besar negara, bermula NFC, Tabung Haji, MARA, LTAT, Felda, SRC dan 1MDB semuanya berakhir dengan pendakwaan di mahkamah kepada mereka yang terlibat.

Jadi kawan-kawan jangan cepat menggelabah sangat.

Yang menggelabah ini hanyalah orang sakau duit rakyat saja.

Tunggu esok, saya tunjukkan dokumen-dokumen.

Rafizi Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published.