Lelaki 45 tahun belanja RM8.2 Juta sehari sebab nak kekal remaja, guna 30 doktor pakar

Lelaki 45 tahun belanja RM8.2 Juta sehari sebab nak kekal remaja, guna 30 doktor pakar

Lelaki 45 tahun belanja RM8.2 Juta sehari sebab nak kekal remaja, guna 30 doktor pakar. SEORANG lelaki yang berusia 45 tahun sanggup berhabis hampir AS$2juta (RM8.2juta) sehari semata-mata untuk kelihatan muda setaraf usia remaja 18 tahun.

Bryan Johnson, 45, mengambil kira-kira dua dozen makanan tambahan, bersenam selama sejam, meminum jus campuran sayuran hijau dan menggunakan ubat gigi khas yang kaya dengan kandungan antioksidan.


Sebelum tidur, Johnson akan meletakkan mukanya di bawah mesin cahaya biru selama dua jam.

Setiap hari, dia juga akan memantau jika berlaku sebarang perubahan atau kedutan pada wajah termasuk membuat pemeriksaan ujian darah dan genetik.

“Ketika lingkungan usia 30 tahun, saya lebih memberi fokus kepada kerjaya dan tidak pada kesihatan. Jadi apabila sudah mendapat pendapatan lumayan sekarang, saya lebih fokus kepada kesihatan.

“Dahulu saya menghabiskan masa bekerja selama berjam-jam sehingga berasa tertekan dan tidak mempedulikan bentuk badan. Disebabkan berat badan berlebihan, saya pernah terfikir untuk membunuh diri,” katanya.

Demi merealisasikan impirannya, Johnson menggunakan khidmat 30 doktor bagi membantunya untuk mendapatkan perubahan fizikal secara klinikal.

Johnson juga kerap melakukan aktiviti fizikal bagi memastikan organ badan dapat berfungsi seperti remaja belasan tahun.

Untuk rekod, Johnson memerlukan sekitar 1,977 kalori sehari, rejim senaman harian selama sejam, tidur pada waktu yang sama setiap hari dan diet pemakanan sayuran.

Suri rumah dari Perak jackpot RM21 Juta, siap dedah cara dia menang

Lelaki selamba main judi dalam masjid sambil tunggu ustaz datang, siap jackpot!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *