Lelaki buat ‘sedekah jumaat’ beri rokok kepada jemaah masjid di Selangor tarik perhatian

Lelaki buat ‘sedekah jumaat’ beri rokok kepada jemaah masjid di Selangor tarik perhatian.

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali solat Jumaat di masjid akan terdapatnya individu yang berbesar hati untuk melakukan sedekah atau kenduri buat para jemaah masjid terdiri daripada buah-buahan dan sebagainya.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali apabila dikongsikan menerusi TikTok @udinponboleh di mana terdapat sebuah masjid di mana terdapat seorang jemaah yang membuat sedekah rokok dan diletakkan pada raga motosikal serta juga bahagian depan kereta.

Di sebalik pemberian rokok secara percuma buat para jemaah, para netizen seolah mempertikaikan isu dosa dan pahala pemberian rokok khususnya di kawasan ibadah. Tidak kurang juga yang hairan dengan ‘sedekah’ dilakukan oleh individu dalam video berkenaan.

Walau bagaimanapun, hukum menghisap rokok telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sejak dari tahun 1995.

Selain itu, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut berkongsi lebih lanjut isu pengharaman rokok dengan lebih lanjut menerusi pautan beliau di mana anda boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

BACA:

Tragis..Suami rebus isteri dalam kawah besar depan anak-anak

Lelaki hantar ‘santau’ dekat scammer, siap merayu nak pulangkan balik duit

Berpeluk dengan Aliff Aziz, Intan Nujuwa akhirnya buka cerita

Leave a Reply

Your email address will not be published.