Lelaki cerita pengalaman beza kerja dengan syarikat cina dan GLC melayu

Lelaki cerita pengalaman beza kerja dengan syarikat cina dan GLC melayu

Lelaki cerita pengalaman beza kerja dengan syarikat cina dan GLC melayu. Seorang pemuda hari ini ceritakan pengalamanya bekerja di syarikat cina dan GLC melayu. Ikuti tulisannya:-

Saya keje dengan Cina lama. Lama-lama saya punya perangai macam Cina. Bila saya kerja dengan satu GLC yang 99.9% Melayu ada kejutan budaya.

1. Di company Cina selagi belum pukul 7 pm takde siapa sibuk nak balik. Di GLC tersebut pukul 4.30 pm dah siap kemas meja. Pukul 5 pm tepat semua balik.

2. Di company Cina kita nak jimat kos pembinaan. Di GLC itu macam takde sapa peduli kalau mahal dan rugi.

3. Di company Cina, HR remind kerja baik-baik kalau company untung banyak kita dapat bonus. Di GLC itu company rugi setiap tahun tapi staff sibuk nak minta bonus.

4. Di company Cina kita nampak bos dan halatuju company. Di GLC tu kita panggil company tak ada bos. Semua autopilot.

5. Di company Cina staff sikit kerja banyak. Di GLC itu kerja sikit staff ramai.

6. Di company Cina hampir semua orang bekerja bersungguh-sungguh yang malas tak ramai. Di GLC itu yang malas lagi ramai daripada yang bersungguh-sungguh kerja.

7. Di company Cina u cakap banyak u bagus sebab u nak improve company. Di GLC itu kalau cakap banyak kena cap dengan bos dan staff lain.

8. Di company Cina kita bising-bising nak bagi kerja jalan. Di GLC itu kalau kita bising-bising depa kata berlagak nak tunjuk dia sorang je keje.

9. Di company Cina kita meeting set target tahun depan pada bulan Jun. Di GLC itu kita meeting set target tahun depan pada bulan Disember.

10. Di company Cina susah nak cuti. Bos kena make sure ada rotation kalau hujung tahun. Di GLC itu satu department lumpuh pasal semua cuti. Bos depa boleh approved pulak semua orang cuti.

Nota:
Saya pernah kerja di beberapa GLC. Sengaja tidak letak namanya kerana tidak mahu memalukan. Kalau nak tahu kenapa company Cina lebih perform kena lah tengok budaya kerja mereka. Kita Melayu ni bukan tak bagus, tapi budaya kerja tu teruk sangat.

Kenapa rakyat Kedah suka Sanusi? Ini jawapannya…

TMJ ‘sound’ Safawi? – “Kemaruk sangat paksa boyfriend kahwin”

AC Mizal akui pernah makan tisu cicah kuah roti canai orang lain, ‘isteri tak tahu’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *