Lelaki ikat telefon pada kaki sambil berjalan di pasar, nak skodeng ke tu?

Lelaki ikat telefon pada kaki sambil berjalan di pasar, nak skodeng ke tu?

Siapa sangka perjalanan membeli barang dapur di pasar tani boleh menjadi sesuatu yang tidak selamat lagi untuk anda. Macam situasi yang dikongsikan ini apabila seorang lelaki kelihatan begitu mencurigakan di mana dia melekatkan telefon pintarnya pada kaki.

Perbuatannya ini tentu sahaja menimbulkan pelbagai persoalan dan motif sebenar dia melakukan perkara tersebut. Walaupun tidak dapat dipastikan sebabnya, ramai yang mengesyaki lelaki itu mempunyai niat yang tidak baik dengan tindakannya itu.

@majoritiofficial Yang perempuan hati-hati ya. Risau juga mana tahu kan.. #serikembangan #pasartani #ikat #handphone ♬ Ah ah ah – kriptozavr

Menerusi video yang dikongsikan ini, dapat dilihat dengan jelas telefon pintar yang dilekatkan pada bahagian kaki lelaki itu. Turut kelihatan, telefon tersebut diikat dengan getah dengan keadaan kameranya yang menuju ke bahagian atas.

Melihatkan kedudukan kamera telefon itu, ramai yang mendakwa mungkin juga telefon itu digunakan untuk tujuan skodeng yang dilakukan lelaki itu. Lelaki itu juga disyaki mengekori pelanggan wanita yang sibuk membeli barang keperluan dapur di pasar tani tersebut.

pasar

Perkongsian ini turut membuatkan rata-rata netizen bimbang dengan nasib pelanggan wanita yang sering berkunjung ke pasar itu. Ada juga yang turut menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati semasa berada di tempat sesak seperti ini.

“Lelaki-lelaki yang pakai kain pelikat pun kena hati-hati.”

lelaki

“Sangka baik dia nak record muka dia dari bawah sambil jalan tanya harga.”

telefon

“Wow tak perasan langsung phone.”

komen

“Bapak ahh dia punya nak spy tu kalah mission impossible.”

tik tok

 

BACA:

Lelaki ‘bocor’ rahsia, rupanya sewa Vellfire lagi berbaloi dari beli, siap tunjuk bukti

Kekayaan Adi Putra didakwa lebih RM23 Juta walaupun jarang berlakon, ini rupanya pekerjaan sebenar pelakon itu

Lelaki ini dedah rahsia masuk Thailand cara paling mudah