Lelaki ini dedah ada Ustaz Selebriti Malaysia ajar murid perempuan cium kakinya

Lelaki ini dedah ada Ustaz Selebriti Malaysia ajar murid perempuan cium kakinya.

Telah tular satu suntingan di Facebook, individu dengan nama Ahmad Jailani Abd Ghani membuat pendedahan berkenaan seorang Ustaz atau Tok Guru selebriti minta anak murid mencium kakinya.

Berikut merupakan isi perkongsian tersebut:

TOKGURU AJAR MURID PEREMPUAN CIUM KAKINYA.

Gambar sekadar hiasan

1. Beberapa tahun dahulu saya berceramah di sebuah bank. Selesai ceramah, seorang staf perempuan meminta saya ke suatu sudut yang sedikit jauh kerana ingin bertanya soalan yg agak sensitive kata beliau.

2. Beliau memberitahu saya bahawa beliau mengikuti kumpulan seorang ustaz selebriti. Dalam aktiviti mereka, ustaz tersebut mengajar kepada pengikutnya lelaki perempuan supaya mereka mencium kakinya (termasuk staf perempuan yg bertanya soalan ini).

3. Staf perempuan ini memberitahu kepada saya bahawa dia rasa pelik dgn aktiviti ustaz tersebut. Dia ingin tahu adakah boleh dia mencium kaki ustaz tersebut.

4. Lalu saya memberi nasihat kepadanya supaya menjauhi ajaran tersebut kerana jelas ia adalah tanda awal kumpulan tersebut mengamalkan ajaran sesat.

5. Saya memberitahu cara mudah untuk kenal ajaran sesat walaupun menggunakan nama tarikat tertentu, antara lain, mengamalkan pergaulan bebas lelaki perempuan, pengikut perempuan disuruh bersalam dan mencium kaki syeikh dan seumpamanya.

6. Saya bertanya kepada beberapa orang yang rapat dengan ustaz selebriti tersebut, mereka mengatakan bahawa mereka dah tahu lama.

7. Saya menyangka cerita seperti ini kalau didedahkan akan menggemparkan negara.
Rupa-rupanya ramai juga yang mempertahankannya.

8. Begitu liciknya syaitan memperdayakan manusia. Golongan professional yang bijak pandai pun diperbodohkan. Golongan hartawan dan tokoh korporat pun terpedaya. Golongan agamawan yang belajar di negara-negara Arab pun boleh tertipu.

BACA:

Tergamak rogol adik sendiri umur 14 tahun, hakim mahkamah ‘sekolahkan’ lelaki dari Terengganu ini

“Orang masjid tak tegur ke dia salah cara ambil wuduk?” Video Najib ambil air sembahyang tersebar pula

Pelanggan pengsan di Hotel 5 bintang Putrajaya selepas tunggu 2 jam untuk buka puasa, bayar mahal tapi tak boleh masuk

Leave a Reply

Your email address will not be published.