Lelaki ini dedah rahsia masuk Thailand cara paling mudah. Tular satu suntingan Facebook berkaitan cara memasuki Thailand dengan mudah selepas sempadan negara Malaysia-Thailand dibuka semula akibat kesan Covid-19. Ini adalah perkongsian lelaki berkenaan.
Ramai yang PM aku macam mana cara nak masuk Thailand sekarang ni selepas Kerajaan kita dan diorang dah buka pintu sempadan ni. So sini aku kongsi sikit macam mana cara dia.
Bagi pemegang Pas Sempadan ” Border Pass” korang boleh masuk macam biasa korang duk masuk sebelum² ni. Kalau korang bawak transport sendiri korang kena beli insurance untuk transport korang tu. Macam aku bawak kereta sendiri jadi aku beli insurance kereta untuk 5 hari berharga Rm 28. Then korang kena isi white card tu 1 nama Rm 2, kalau 5 beranak Rm 10 lah.
Aku masuk ikut pintu sempadan Padang Besar, sebab tak sibuk sangat macam pintu Bukit Kayu Hitam. Sampai di imigresen kita dia tanya nak pi mana ja then dia cop macam biasa. Maximum untuk “Border Pass” 3 hari dan sampai Hatyai sahaja.
PERINGATAN !!!! : pastikan korang buat line telefon korang roaming atau beli sim kad Thailand. Sebab selepas check point malaysia korang akan lalu check point Thailand pulak. Dekat sini perlukan internet yang kuat untuk korang scan QRcode yang diorang sediakan untuk korang register dengan Health Declaration Thailand. Selesai Health Declaration baru korang akan cop “Border Pass” untuk side sebelah Thailand.
Kelayakkan memohon border pass adalah untuk warganegara Malaysia yang berasal dari Perlis,Kedah,Kelantan dan Hulu Perak sahaja.
Manakala untuk warganegara Malaysia yang lain masih perlukan Pasport Malaysia Antarabangsa untuk ke sana.