Lelaki ini kongsi pengalamanya masuk penjara kajang, dakwa sunyi dan seram

Semalam, pihak Jabatan Penjara Malaysia menegaskan bahawa gambar sel penjara VIP yang tular di media sosial adalah palsu dan menerusi laporan, ia sebenarnya sel penjara di Switzerland.

Kecoh tentang isu keadaan di penjara, seorang pengguna TikTok @abangpejan telah berkongsi pengalamannya masuk ke penjara untuk sesi ‘shooting’ sebagai seorang pengamal media.

Menerusi perkongsiannya, keadaan sel penjara agak gelap dan dinding pemisah antara tempat tidur dengan bilik air hanyalah separuh dinding sahaja. Malah, para banduan juga bebas bergerak dalam penjara tapi dengan kawalan dan juga ada kantin untuk mereka makan.

@abangpejan Rasa mcm tak ada pulak terserempak Sel Penjara VIP kt Kajang.. hui hui hui #fyp #penjarakajang #shareforgood ♬ original sound – faizalmurad

Terdapat juga bengkel membuat roti, kraf dan sebagainya untuk para banduan bekerja mendapatkan wang. Malah, para banduan boleh menyambung pelajaran di peringkat tertinggi ketika dalam penjara kerana ada kelas-kelas yang ditawarkan kepada mereka.

Perkongsian tersebut telah menjadi bualan orang ramai dan rata-rata netizen berterima kasih kepada lelaki itu kerana berkongsi pengalamannya ketika masuk ke dalam penjara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *