Lelaki ‘kantoi’ cium pakaian dalam jiran sendiri, sekali ini yang jadi..

Lelaki ‘kantoi’ cium pakaian dalam jiran sendiri, sekali ini yang jadi..

‘Hobi’ pelik seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran mencuri pakaian dalam pelajar asrama di sebuah universiti awam di sini terbongkar setelah kegiatannya itu disedari pelajar universiti berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, perbuatan suspek berusia 37 tahun itu diketahui selepas dia ditahan pihak keselamatan universiti berkenaan kira-kira jam 6 petang pada Isnin.

“Kehadiran suspek yang disedari penghuni asrama ketika berada kawasan ampaian pelajar perempuan di asrama berkenaan menimbulkan rasa curiga.


“Lelaki berkenaan ditahan selepas kejadian itu dimaklumkan kepada pengawal keselamatan sebelum menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Abdul Rahim berkata, pihaknya masih melakukan siasatan motif sebenar suspek melakukan jenayah berkenaan.

 

Katanya, suspek ditahan reman selama empat hari bermula Selasa untuk disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab Karim.

BACA:

Suami ‘terkantoi’ buat hubungan dengan ibu mentua

Masih tak serik, sekali lagi Zul Ariffin buat hal..

Remaja sekolah dirogol pesakit Covid-19 di pusat kuarantin, ini yang terjadi..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.