Lelaki selamba beri rokok kepada bayi untuk dihisap jadi tular

Lelaki selamba beri rokok kepada bayi untuk dihisap jadi tular. SEORANG lelaki diburu pihak polis selepas didakwa memberikan rokok kepada bayi baru-baru ini.

Kejadian itu memaparkan perbuatan pemuda tersebut yang dilihat sedang memegang bayinya sebelum mula menyuap sepuntung rokok ke mulut bayi tersebut.

Video itu menerima kecaman daripada pelbagai pihak dan sekali gus menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengheret si pelaku ke mahkamah.

Agensi Tindak Balas Keganasan Rumah Tangga dan Seksual (DSVRA) meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan lelaki itu untuk segera menghubungi pihak suruhanjaya.

Dalam pada itu, pihak polis sebelum ini pernah menyiarkan berita yang sama dan difahamkan kini sedang menjejaki suspek.

Pasukan NGO Olumuyiwa Adejobi meluahkan pendapat bahawa setiap ibu perlu lebih berjaga-jaga dengan tahap keselamatan anak mereka.

“Bagaimana dia mendapat bayi itu, anak dia atau sepupu? Apa-apa pun, setiap ibu mesti mengambil iktibar daripada kejadian ini, jangan serahkan bayi anda kepada individu yang tidak dikenali,” katanya.

Namun, sehingga kini masih belum ada laporan berkenaan tangkapan suspek dan operasi memburu lelaki berkenaan diteruskan.

Bung Mokhtar mengamuk selepas digugur dari kabinet Hajiji, PRN Sabah lagi?

Hadapi masalah kewangan, lelaki nekad tinggal atas pokok 3 tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *