Lelaki selamba main judi dalam masjid sambil tunggu ustaz datang, siap jackpot!. Umum mengetahui, kita perlu menjaga adab ketika berada di tempat beribadat dan juga di majlis ilmu.
Malah, kita haruslah mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang melalaikan sekaligus mencemarkan sesuatu majlis ilmu itu.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @fazil_kechik telah berkongsi sebuah video yang memaparkan situasi para jemaah yang sedang menunggu penceramah di majlis agama.
Akan tetapi, terdapat โplot twistโ apabila menunjukkan seorang pak cik yang sempat bermain permainan judi online ketika sedang menunggu penceramah.
@fazil_kechik hm pakcik tu memang fighter ๐ญ #fyp #fypใท โฌ original sound – ZORO ไน ๐๐๐๐ – OnlyCat
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan tindakan pak cik tersebut dikecam oleh netizen kerana dianggap tidak menghormati majlis agama yang dihadiri olehnya.
Tidak hanya itu, ada juga netizen yang seperti memerli pak cik itu yang bermain โspinโ ketika majlis agama. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 400 ribu tontonan dan 300 ribu tanda suka.
Gadis jual semula baju dalam bekas dipakainya kini jadi kaya raya
Khairul Aming dedah rahsia โtrickโ bisnes yang ramai tidak tahu