Lembu bermata tiga gemparkan penduduk, “Dajjal ke apa ni?” Penduduk sebuah kampung di Sinjai, wilayah Sulawesi Selatan gempar apabila seekor anak lembu dilahirkan dengan mempunyai tiga mata, lapor laman berita Detik semalam.
Dua mata tersebut berada pada bahagian tepi dan satu di bahagian tengah kepala haiwan itu.
Ketua Jabatan Penternakan dan Kesihatan Haiwan Sinjai, Burhanuddin berkata, anak lembu yang dilahirkan di Kampung Palae itu pada awalnya dilaporkan hanya mempunyai satu mata sebelum disahkan sebenarnya tiga pancaindera tersebut.
“Keadaan ini sama seperti kembar siam bagi manusia. Lembu itu hanya seekor, namun mempunyai dua kepala.
“Namun, kepalanya bersambung dan terdapat satu mata pada bahagian tengah,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa keadaan itu berlaku disebabkan oleh kecacatan pada genetik haiwan tersebut.
“Mungkin juga proses pembahagian sel berlaku secara tidak sempurna ketika ia hampir menjadi kembar,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Kampung Palae, Irham Asfar mengesahkan bahawa anak lembu itu milik seorang penduduk bernama Muhammad Tamrin.
Ia lahir sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan) dengan berat 35 kilogram, namun telah mati pada pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan).
BACA:
Lelaki kantoikan supplier telur, kata gred A tapi sebenarnya C, siap tunjuk bukti
Masjid kantoi beli PC Gaming untuk AJK harga dekat RM20K, siap tunjuk bukti..
Selepas belasah turkminestan semalam, baru tahu pemain ni paling mahal di Malaysia