Lori bawa ratusan ribu telur ayam terbalik, “dah lah Malaysia tengah krisis kurang telur”

Lori bawa ratusan ribu telur ayam terbalik, "dah lah Malaysia tengah krisis kurang telur"

Lori bawa ratusan ribu telur ayam terbalik, “dah lah Malaysia tengah krisis kurang telur”. Lori yang membawa muatan telur ayam terbalik menjadi punca kesesakan sepanjang lima kilometer di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Rembau, hari ini.

Susulan kemalangan itu, muatan yang dibawa pecah dan bertaburan di atas jalan raya, lapor Sinar Harian.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer.

Lori bawa ratusan ribu telur ayam terbalik, "dah lah Malaysia tengah krisis kurang telur"

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas lori berkenaan hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri.

“Ia mengakibatkan lori itu terbalik dan muatan telur dibawanya bertaburan di atas jalan.

“Pemandu lori iaitu lelaki berusia 30 tahun mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurut Hazri kesesakan lalu lintas bagi arah utara berpanjangan dalam tempoh kira-kira dua jam bagi tujuan pembersihan lokasi kemalangan.

Menitis air mata ‘Ane’ dah nak tinggalkan Malaysia, 20 tahun tebar roti canai di sini

Gaji Hakim Mahkamah Tinggi di Malaysia, siap ada 19 jenis elaun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *