Majlis kahwin jadi kecoh, kakak pengantin siap bersilat naik angin

Silat sembah pengantin adalah salah satu tradisi Melayu yang dapat dilihat ketika majlis bersanding. Tujuan silat berkenaan adalah untuk meraikan Raja Sehari serta para tetamu yang hadir. Namun begitu, lain pula terjadi kisah seorang wanita ini apabila dia seperti ‘naik syeikh’ apabila mendengar bunyi tiupan serunai dan ketukan paluan gendang.

Tiba-tiba bersilat

@eitabeauty8 Di Kg.Pulau Nyior.. Mula si anak dok silat kemudian si mak nya.. #malaysia #fyp #fypシ゚viral #kedah #gendangsilat #silat #silatgayong ♬ bunyi asal – eitabeauty8

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Eitabeauty8 di TikTok, memaparkan dua pesilat perempuan membuat persembahan di hadapan pengantin serta seorang budak lelaki dilihat begitu teruja melihat persembahan berkenaan.

Si ibu yang merupakan kakak kepada pengantin yang melihat anaknya seperti ingin bersilat itu kemudiannya menarik kanak-kanak lelaki tersebut. Lebih mengejutkan lagi apabila secara tiba-tiba wanita terbabit kelihatan tidak dapat menahan diri sebelum membuka langkah untuk bersilat.

Kakak pengantin naik angin di Kampung Pulau Nyior, Jitra, Kedah. Mula si anak yang bersilat kemudian si mak pulak.

Difahamkan, kejadian berkenaan yang berlaku dipercayai kerana dia mendengar bunyi tiupan serunai serta paluan gendang yang dimainkan.

Bimbang perkara berkenaan akan ‘melarat’ pengantin lelaki terus menarik anak buahnya sementara wanita berkenaan sedang ditenangkan oleh suaminya yang memakai baju berwarna hijau. Walau bagaimanapun, ‘silatnya’ terhenti apabila pemain muzik tersebut diminta untuk berhenti bermain muzik serta-merta.

“Saja bawa Lamborghini masuk, kot orang Langkawi tak pernah tengok”, founder ni kena kecam

Leave a Reply

Your email address will not be published.