Makcik selamba makan durian milik orang, ingatkan ‘tester’

Makcik selamba makan durian milik orang, ingatkan ‘tester’. Ketika nak beli sesuatu makanan terutamanya buah-buahan pasti peniaga akan berikan tester untuk kita rasa sama ada buah tersebut elok atau tidak dari segi rasa dan kualiti bukan? ianya juga satu bentu markerting untuk membuktikan buah yang dijual berkualiti dan berada dalam keadaan yang elok.

Pun begitu lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang mak cik selamba makan durian orang mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @yusifadila, dapat kita lihat dia sedang sibuk melihat peniaga mengasingkan isi daripada buah durian yang telah dipilihnya.

Bagaimanapun tiba-tiba datang seorang mak cik selamba laju mencapai seulas daripada bekas itu dan makan tanpa rasa bersalah.

https://vt.tiktok.com/ZSdKBuQyh/?k=1

Terkejut dengan situasi tersebut, wanita itu hanya mampu melihat dan berdiam sahaja malah serba salah untuk menegur makcik tersebut kerana menganggap ianya hanya sekadar durian.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen juga terkejut dengan situasi tersbeut namun menganggap mungkin makcik tersebut menyangka ianya tester yang diletakkan untuk pembeli merasa kualiti buah itu.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui tidak gemar dengan sikap segelintir individu yang tidak beradab dan mengambil sahaja tanpa bertanya dahulu.

Netizen juga akui masih ada sebilangan pembeli yang memegang isi durian sewaktu peniaga sedang membukanya untuk merasa dengan tangan kualiti durian tersebut malah mengangkap ianya salah satu sikap yang tidak wajar untuk dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.