Makin panas, Umno bahagian Gerik tolak Asyraf Wajdi jadi calon

Asyraf Wajdi cerita kronologi sebenar BN boleh sokong PH dalam penubuhan kerajaan

Makin panas, Umno bahagian Gerik tolak Asyraf Wajdi jadi calon. Pencalonan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mewakili Barisan Nasional (BN) untuk Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dikatakan ditentang oleh ahli akar umbi UMNO Bahagian Gerik yang menolak calon daripada luar atau calon ‘payung terjun’.

Ianya dibuat menerusi satu rakaman video tular yang memperlihatkan akar umbi UMNO Gerik bersama kain rentang tertulis ‘menolak calon luar’ di samping menzahirkan rasa ketidakpuasan hati dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi UMNO.

Seorang individu dalam video itu yang mendakwa sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian itu berkata, beliau langsung tidak dihubungi oleh mana-mana pimpinan teratas mengenai calon yang dipilih (Asyraf Wajdi) biarpun bahagian itu dikatakan menamakan 13 calon untuk dipilih sebagai calon.

“Saya Naib Ketua UMNO Bahagian langsung tidak dihubungi macam mana saya hendak menjawab dengan ahli-ahli UMNO yang lain. Saya bukan hendak menghasut tetapi ini adalah ketetapan kita, nak ingatkan (supaya) tolak calon luar.

“Mengapa tidak pilih (kalangan) kita, apa kurangnya kita (calon tempatan)? Ini tempat kita, ini budaya kita, ini calon kita, betul?.

“Bukan nak menghasut tetapi penat dengan permainan ini. Kami tak sanggup dijadikan sebagai ‘tikus makmal walaupun dalam pilihan raya sebelum ini sekali pun kami di Gerik tidak pernah gagal, ” katanya berdasarkan video itu.

Asyraf Wajdi beralih ke kerusi Parlimen Gerik yang dianggap sebagai kubu kuat BN selepas tewas pada PRU-14 ketika bertanding di Parlimen Pasir Puteh dengan majoriti 1,360 undi kepada calon PAS, Datuk Nik Zawawi Salleh.

Sebagai rekod, kerusi Gerik kosong sejak November 2020 berikutan penyandangnya sebelum ini iaitu Allahyarham Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia akibat serangan jantung.

Asyraf pada pertengahan Oktober lalu dilaporkan media, berkata beliau mahu sekali lagi menawarkan diri sebagai calon BN di Parlimen Pasir Puteh pada PRU-15.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Saarani ketika ditanya mengenai pencalonan Asyraf di Parlimen Gerik biarpun sebelum ini menyatakan tiada calon luar bagi BN Perak terutama di Gerik, berkata keputusan itu dibuat pada saat akhir.

“Pada masa saya mengumumkan itu (tiada calon luar), memang itulah pun kedudukannya tetapi seperti biasa memang pernah berlaku dalam UMNO, adanya saat-saat akhir ia terjadi sedemikian,” katanya merujuk kepada kenyataan mengenai calon luar sebelum ini yang dilaporkan media pada 24 Oktober lalu.

Terkini – Annuar Musa bertanding guna parti baru lawan BN

Zahid akhirnya buka mulut sebab gugurkan Shahidan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *